LIZ Truss menjadi pilihan pemimpin Parti Konservatif untuk menggalas tanggungjawab Perdana Menteri United Kingdom yang baharu pada Isnin.
Truss, 47, yang menggantikan Boris Johnson meraih kemenangan selesa menewaskan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dengan undian majoriti sebanyak 81,326 berbanding Sunak dengan undian 60,339.
Pelantikan pemimpin baharu itu akan dibuat di Istana Balmoral, Scotland pada Selasa dan bukan di Istana Buckingham, London seperti kebiasaannya susulan isu kesihatan yang dihadapi baginda Ratu Elizabeth II ketika ini.
Bermula dengan 11 calon, pemilihan Perdana Menteri Britain berakhir dengan pertembungan antara Sunak dan Truss, apabila ahli parti Konservatif membuat pilihan pada 2 September lepas.
BACA: Disebut-sebut bakal PM Britain: Siapa Liz Truss, wanita kelahiran Oxford ini?
Kemenangan Truss itu sekali gus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri wanita ketiga buat negara itu selepas Margaret Thatcher dan Theresa May.
Truss yang bakal memulakan tugas rasmi pada Selasa sebelum ini bertegas akan menangani kebimbangan ekonomi, mengulangi ikrarnya untuk menggalakkan pertumbuhan.
Dalam tulisannya di akhbar Sunday Telegraph, Truss akui memahami cabaran yang dihadapi rakyat.
Sehubungan itu, beliau akan mengambil langkah segera untuk memastikan keluarga dan perniagaan boleh mengharunginya.
Astro Awani
Mon Sep 05 2022

Truss, 47, yang menggantikan Boris Johnson meraih kemenangan selesa menewaskan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dengan undian majoriti sebanyak 81,326 berbanding Sunak dengan undian 60,339. - Sumber foto AP

Anugerah Grammy 2023 | Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Anugerah Grammy 2023 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan bintang terkemuka, Harry Styles merangkul anugerah Album Terbaik menerusi album Harry's House.

KKM | Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan kertas putih membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Gempa Bumi | Pelbagai negara tawar bantuan ke Turkiye, Syria
Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi menangani kesan gempa bumi itu.

Gempa Bumi | Banyak NGO hubungi Wisma Putra untuk bantu Turkiye
Zambry juga memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, membantu rakyat di sana.

Gempa Bumi | Malaysia hantar Pasukan SMART, fokus operasi mencari, menyelamat
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang disertai seramai 70 anggota dan empat anjing pengesan k9 dihantar Turkiye pada Isnin.

Gempa Bumi | 12 rakyat Malaysia selamat, berjaya dihubungi
Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi di Turkiye dan sekitarnya berjaya dihubungi dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.

Gempa Bumi | Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Situasi semasa gempa bumi di Turkiye
Untuk mendapatkan perkembangan dan situasi pelajar di Turkiye. Langsung pada ketika ini Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Muhammad Adib Nor Azman.

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Kemelut ekonomi UK: Sunak yakin bentang bajet adil, bertimbang rasa 17 Nov ini
Beliau akan mendapatkan semula kepercayaan rakyat dengan berlaku jujur tentang kesulitan ekonomi yang dihadapi UK.

Rishi Sunak ikrar pimpin Britain keluar daripada krisis ekonomi
Sunak melantik semula Jeremy Hunt sebagai Menteri Kewangan, langkah yang disifatkan bertujuan menenangkan pasaran yang menolak rancangan ekonomi yang dibentang Liz Truss sebelum ini.

PM UK paling muda: Siapa sebenarnya si tampan lagi berpengaruh Rishi Sunak?
Bakal menyandang jawatan Perdana Menteri United Kingdom yang baharu, Rishi Sunak merupakan bakal Perdana Menteri UK ke-57 paling muda dan berkaliber.

Boris Johnson kembali ke UK untuk 'kemunculan semula'
Johnson tidak mengulas secara terbuka mengenai tawaran bagi jawatan lamanya itu.

Pound British catat kenaikan selepas Liz Truss umum letak jawatan PM
Pound Britain mencatat kenaikan berbanding dolar AS selepas peletakan jawatan Liz Truss sebagai perdana menteri pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

'Drama' politik Britain makin hangat, Boris Johnson buat 'comeback'?
Di Twitter, beberapa ahli Konservatif menggunakan tanda pagar #BringBorisBack, selepas Truss mengumumkan peletakan jawatannya.

Pemilihan PM UK: Calon ganti Truss perlu 100 sokongan ahli Konservatif
Peletakan jawatan Truss sebagai Perdana Menteri mencetuskan satu lagi perlumbaan kepimpinan dalam tempoh empat bulan.

UK perlu adakan pilihan raya awal - Sturgeon
Dalam sistem demokrasi, rakyat perlu diberi mandat untuk memilih pemimpin, selepas pergolakan politik dan ekonomi yang berlanjutan.

Baru 45 hari, Liz Truss letak jawatan Perdana Menteri UK
Perkembangan terkini susulan pembentangan belanjawan negara yang buruk pada bulan lalu.

PM UK Liz Truss mohon maaf atas kesilapan
Liz Truss memohon maaf susulan pengumuman belanjawan mini baru-baru ini telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan.