awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Logo baharu Twitter "X" diturunkan dari ibu pejabat San Francisco

Bernama
Bernama
01/08/2023
03:55 MYT
Logo baharu Twitter "X" diturunkan dari ibu pejabat San Francisco
Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco menerima 24 aduan mengenai tanda itu, termasuk kebimbangan mengenai keselamatan struktur. - Foto AP
WASHINGTON: Syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter menurunkan logo "X" dari atas bangunan ibu pejabatnya di San Francisco selepas pihak berkuasa perbandaran menyatakan bahawa papan tanda itu dipasang tanpa permit, lapor Sputnik, memetik NPR .
Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco menerima 24 aduan mengenai tanda itu, termasuk kebimbangan mengenai keselamatan struktur.
Menurut aduan yang difailkan pada 28 Julai, seorang wakil syarikat enggan memberi akses kepada pemeriksa dan mendakwa struktur itu adalah tanda bercahaya "sementara" untuk sesuatu acara.
Percubaan kali kedua bagi memperoleh akses menjalankan pemeriksaan dibuat pada hari berikutnya, tetapi ditolak sekali lagi.
Isnin lalu, majlis perbandaran itu mendakwa Twitter mengalihkan papan tanda asal tanpa permit yang sewajarnya atau tidak memasang penghadang di kaki lima sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan pejalan kaki.
"Pemilik hartanah akan dikenakan bayaran bagi pemasangan struktur bercahaya yang tidak mendapat kebenaran," jurucakap Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco, Patrick Hannan memberitahu CNBC.
Minggu lalu, Elon Musk menukar nama dan logo Twitter kepada "X."
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Twitter X
#logo baharu
#Elon Musk
#San Fransisco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan