[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Lombong emas runtuh di Zimbabwe ragut 9 nyawa

Bernama 01/10/2023 | 03:40 MYT
Empat mayat ditemukan pada Sabtu dan lima lagi masih terperangkap di bawah runtuhan lombong berkenaan. - Gambar hiasan/ Reuters
HARARE: Seramai sembilan pelombong disahkan maut dalam kejadian lombong emas runtuh di Zimbabwe pada Jumaat.
Menteri Perlombongan Soda Zhemi berkata pelombong lain berjaya menyelamatkan diri, lapor Agensi Anadolu.
"Sejurus selepas runtuhan, 13 orang berjaya keluar dari lombong tanpa kecederaan," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Presiden Persekutuan Pelombong Zimbabwe, Henrietta Rushwaya, berkata empat mayat ditemukan pada Sabtu dan lima lagi masih terperangkap di bawah runtuhan.
Tragedi itu berlaku di Chegutu, lebih 100 kilometer ke barat Harare.
- BERNAMA
#Zimbabwe #lombong runtuh #angka korban #lombong emas