awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman digital: Undang-undang jenayah perlu seiring kemajuan siber - Azalina
[TERKINI] Pendaftaran murid darjah satu bagi tahun 2027 dibuat secara dalam talian
Hentikan boikot zakat, wakaf susulan isu ceroboh tanah perkuburan - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS longgarkan sementara sekatan kewangan terhadap Rusia menjelang pertemuan Trump-Putin

Bernama
Bernama
14/08/2025
04:10 MYT
AS longgarkan sementara sekatan kewangan terhadap Rusia menjelang pertemuan Trump-Putin
Pertemuan bersemuka antara Donald Trump dan Vladimir Putin itu akan menjadi yang pertama antara Presiden AS dan Rusia sejak 2021. - Gambar fail
ISTANBUL: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu melonggarkan sementara beberapa sekatan kewangan terhadap Rusia sehingga 20 Ogos bagi membolehkan persiapan dilakukan menjelang sidang kemuncak pada Jumaat antara pemimpin AS dan Rusia di Alaska, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Jabatan Perbendaharaan AS melonggarkan sementara sekatan kewangan terhadap Rusia sehingga 20 Ogos bagi membolehkan persiapan sidang kemuncak antara pemimpin AS dan Rusia di Alaska.
  • Pengecualian oleh OFAC hanya melibatkan transaksi berkaitan mesyuarat dan tidak membatalkan atau melepaskan aset yang dibekukan di bawah sekatan sedia ada.
  • Pertemuan antara Donald Trump dan Vladimir Putin di Alaska merupakan yang pertama sejak 2021 dan kali pertama pemimpin Rusia menjejakkan kaki di wilayah itu sejak penjualannya oleh Empayar Rusia pada 1867.

Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS dalam satu kenyataan memaklumkan pengecualian itu merangkumi transaksi yang "lazimnya berkaitan dan diperlukan bagi menghadiri atau menyokong mesyuarat di Alaska antara Kerajaan Amerika Syarikat dan Kerajaan Persekutuan Rusia."
OFAC menegaskan langkah itu tidak membenarkan pembatalan atau pelepasan mana-mana aset yang dibekukan atau disekat di bawah sekatan terhadap Rusia.
Pertemuan bersemuka antara Donald Trump dan Vladimir Putin itu akan menjadi yang pertama antara Presiden AS dan Rusia sejak 2021, ketika Putin bertemu Presiden AS ketika itu, Joe Biden di Geneva, Switzerland.
Ia juga menandakan kali pertama seorang pemimpin Rusia menjejakkan kaki di bumi Alaska sejak Empayar Rusia menjual wilayah itu kepada AS pada 1867.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Rusia
#Donald Trump
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan