DUNIA
Lonjakan pelancong Muslim dorong Jepun tambah kemudahan ruang solat
Agensi Pelancongan Jepun mengeluarkan panduan khusus bagi membantu hotel, pusat komersial serta hab pengangkutan menyediakan ruang solat ringkas yang bersih, tenang, dan mudah diakses. -Foto Facebook BackPackerz
TOKYO: Peningkatan ketibaan pelancong Muslim ke Jepun sejak 2025 mendorong pihak berkuasa negara itu menilai semula penyediaan ruang solat di lokasi tumpuan, termasuk lapangan terbang, pusat beli-belah, dan hab pengangkutan utama.
Menurut Pertubuhan Pelancongan Nasional Jepun (JNTO), sekitar 560,000 pelancong dari Indonesia, 540,000 dari Malaysia dan 240,000 dari Asia Barat melawat negara itu dari Januari hingga November 2025, lapor The Straits Times.
Pertambahan ini turut menonjolkan cabaran memenuhi keperluan solat lima waktu dalam persekitaran di mana kemudahan ibadah masih belum seragam, dengan jurang ketara antara bandar utama dan wilayah luar bandar.
Jepun keluarkan garis panduan baharu sokong pelancong Muslim
Bagi menangani situasi tersebut, Agensi Pelancongan Jepun mengeluarkan panduan khusus bagi membantu hotel, pusat komersial serta hab pengangkutan menyediakan ruang solat ringkas yang bersih, tenang, dan mudah diakses.
Pakar turut mencadangkan penyelesaian fleksibel seperti pembahagi mudah alih, papan tanda jelas serta latihan kesedaran kakitangan tanpa keperluan membina bilik solat kekal.
Penganjur Ekspo Dunia 2025 di Osaka juga menyediakan bilik solat di kawasan Forest of Tranquility sebagai usaha memenuhi keperluan pengunjung Muslim.
Lapangan terbang, stesen utama antara lokasi terawal sediakan kemudahan solat
Lapangan Terbang Haneda membuka bilik solat di Terminal 3 sejak 2014, dan penggunaannya meningkat kepada hampir 2,000 orang sebulan pada tahun fiskal 2024.
Selain itu, stesen JR Tokyo dan Osaka turut menambah kemudahan solat, diikuti lokasi pelancongan utama seperti Kyoto dan Nara.
Namun, kawasan seperti Shikoku dan Kyushu masih ketinggalan berikutan kekangan ruang dan permintaan rendah.
Pusat beli-belah mula tawar ruang solat
Sektor peruncitan turut menunjukkan perubahan positif. Antara yang terawal ialah Matsuya Ginza di Tokyo, yang menyediakan bilik solat lengkap dengan sejadah dan ruang membasuh kaki.
Shibuya Parco dan beberapa rangkaian besar termasuk Aeon Mall turut memperkenalkan kemudahan sama, sekali gus menandakan perubahan sikap perniagaan Jepun terhadap pelawat Muslim.
Keterbukaan budaya dorong masa depan pelancongan halal Jepun
Profesor Emeritus Hirofumi Tanada dari Universiti Waseda menegaskan keperluan solat ketika melancong berbeza antara individu, dan pendekatan fleksibel lebih sesuai berbanding pergantungan penuh kepada bilik solat khusus dalam situasi pelancongan padat.
Perkembangan itu sejajar dengan usaha Jepun meningkatkan daya tarikan sebagai destinasi mesra Muslim, termasuk pertumbuhan restoran halal, hotel mesra Muslim, teknologi pencarian makanan halal serta peluasan kemudahan solat di seluruh negara.