DUNIA
Lori tangki minyak cetus tragedi berantai 13 kenderaan, 2 disah maut, 4 cedera
Polis berkata dua pemandu kereta dan seorang pemandu lori maut, manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan itu. - Gambar/ Bomba Gyeongbuk
SEOUL: Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan termasuk sebuah lori tangki di Yeongcheon, Korea Selatan awal pagi Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.
Ringkasan AI
Kejadian berlaku pada 3.12 pagi di sebuah jambatan berhampiran persimpangan Shinnyeong, kira-kira 320 kilometer tenggara Seoul apabila lori tangki seberat 26 tan yang membawa 24,000 liter minyak melanggar belakang lori kargo 25 tan, menurut polis.
Perlanggaran itu menyebabkan sebuah lori 14 tan pula melanggar lori tangki berkenaan, sebelum mencetuskan siri pelanggaran dengan tujuh kenderaan lain termasuk beberapa kereta dan sebuah bas.
Dalam kejadian sama, beberapa rasuk H (H-beams) yang dibawa satu daripada lori terjatuh ke lorong bertentangan.
Keadaan itu menyebabkan sebuah kereta penumpang, sebuah lagi lori tangki dan lori kargo 13 tan terbabit dalam perlanggaran tambahan ketika cuba mengelak objek jatuh.
Polis berkata dua pemandu kereta dan seorang pemandu lori maut, manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan itu.
Seramai 20 penumpang bas dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Insiden itu turut menyebabkan tiga kenderaan terbakar iaitu sebuah lori tangki, lori kargo 14 tan dan lori kargo 2.5 tan, namun kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh dua jam 30 minit.
Polis turut memaklumkan bahawa minyak dari lori tangki yang terlibat telah mengalir ke sawah padi dan saliran berhampiran.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dua maut dan empat cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan di Yeongcheon, Korea Selatan, termasuk lori tangki seberat 26 tan yang membawa 24,000 liter minyak.
- Perlanggaran menyebabkan kesan berantai dan tiga kenderaan terbakar, termasuk lori tangki. Kebakaran berjaya dipadamkan dalam dua jam 30 minit.
- Minyak dari lori tangki yang tumpah turut mengalir ke sawah padi dan saliran berhampiran, menimbulkan kebimbangan kesan alam sekitar.