DUNIA
Louvre akui kegagalan keselamatan selepas kecurian permata bernilai 88 juta euro
Anggota polis menjalankan tugas di dalam Muzium Louvre susulan insiden kecurian barang kemas bersejarah. - Foto AP
PARIS: Pengarah Muzium Louvre, Laurence des Cars, mengakui kelemahan sistem keselamatan telah membolehkan sekumpulan pencuri melarikan lapan barang kemas bersejarah bernilai €88 juta (RM431 juta) dalam satu rompakan berani pada pagi Ahad lalu.
Ringkasan AI
Dalam sesi pendengaran bersama senator Perancis, beliau mendedahkan bahawa tiada kamera yang memantau dinding luar tempat pencuri memanjat masuk ke Galeri Apollo, lokasi penyimpanan permata berkenaan.
Des Cars menyifatkan insiden itu sebagai “kegagalan teruk” dan mengaku Louvre telah “dikalahkan” oleh penjenayah yang bertindak dalam masa kurang 10 minit.
Kamera tunggal yang dipasang di dinding luar bangunan didapati menghala ke arah bertentangan, menyebabkan lori dan tangga mekanikal yang digunakan pencuri langsung tidak dikesan.
Beliau turut mendedahkan bahawa sistem CCTV Louvre adalah “usang” dan tidak mampu menampung teknologi moden, berbeza dengan kelengkapan keselamatan di Musée d'Orsay tempat beliau pernah berkhidmat.
Des Cars berkata beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan selepas kejadian, namun ditolak oleh Kementerian Kebudayaan Perancis.
Antara barang yang dicuri termasuk rantai berlian dan zamrud milik Maharani Joséphine serta mahkota bertatah berlian milik Maharani Eugénie yang dijatuhkan semasa pelarian dan mengalami kerosakan.
Muzium telah dibuka semula kepada orang ramai pada Rabu, namun Galeri Apollo kekal ditutup.
Siasatan masih dijalankan dan pihak berkuasa percaya rompakan itu dilakukan atas arahan organisasi jenayah terancang.
Ringkasan AI
- Sekumpulan pencuri melarikan lapan barang kemas bersejarah dari Galeri Apollo dalam masa kurang 10 minit, termasuk mahkota dan rantai berlian milik maharani Perancis.
- Pengarah Louvre akui tiada kamera memantau laluan masuk pencuri; sistem CCTV luar didapati usang dan tidak menghala ke lokasi kritikal.
- Laurence des Cars tawarkan untuk letak jawatan, namun ditolak; siasatan diteruskan dengan teori rompakan didalangi organisasi jenayah terancang.