DUNIA
Lubang benam di sawah Sumatera Barat tarik ratusan pengunjung, cetus kebimbangan
Lubang benam muncul secara tiba-tiba di kawasan sawah padi di Jorong Tepi, Sumatera Barat, menarik perhatian ramai yang beratur untuk mengambil air jernih yang keluar dari lubang berdiameter dua meter dan hampir 20 meter dalam. -Foto Sinar Harian
LIMA PULUH KOTA: Fenomena lubang benam yang muncul secara tiba-tiba di kawasan sawah padi di Jorong Tepi, Nagari Situjuah Batua, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, bukan sahaja mencetuskan kebimbangan geologi, malah menjadi tumpuan orang ramai yang beratur untuk mengambil air jernih yang mengalir keluar dari lubang tersebut.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Lubang berdiameter kira-kira dua meter dan sedalam hampir 20 meter itu terbentuk pada 4 Januari lalu dan terus mengeluarkan air tanpa henti.
Penduduk tempatan dan pengunjung dari luar kawasan datang berduyun-duyun untuk menyaksikan fenomena luar biasa ini, ada yang membawa botol dan bekas untuk mengumpul air, malah ada yang menyimpannya sebagai cenderamata.
Penduduk memasang paip sementara bagi menyalurkan air ke lokasi lebih selamat bagi mengelakkan orang ramai menghampiri tebing lubang yang tidak stabil.
Pihak berkuasa tempatan mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu hampir kerana struktur tanah berisiko runtuh.
Menurut Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN), lubang benam itu berkemungkinan terbentuk akibat runtuhan tanah ke dalam rongga semula jadi dalam lapisan batu gamping yang larut oleh air hujan dalam tempoh lama.
Apabila beban tanah tidak lagi ditampung, permukaan runtuh secara mendadak.
Fenomena ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk dan kestabilan tanah di kawasan pertanian aktif.
Kajian geologi terperinci sedang dijalankan, manakala pihak DPRD Kabupaten Lima Puluh Kota menggesa tindakan segera bagi mengelakkan kejadian berulang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Lubang benam muncul secara tiba-tiba di kawasan sawah padi di Jorong Tepi, Sumatera Barat, menarik perhatian ramai yang beratur untuk mengambil air jernih yang keluar dari lubang berdiameter dua meter dan hampir 20 meter dalam.
- Penduduk tempatan dan pengunjung berduyun-duyun untuk melihat fenomena ini, ada yang mengumpul air sebagai bekalan dan cenderamata; paip sementara dipasang bagi salurkan air ke lokasi selamat.
- Kebimbangan keselamatan masyarakat timbul kerana struktur tanah yang tidak stabil; kajian geologi sedang dijalankan dan pihak berkuasa setempat menggesa tindakan segera untuk elakkan kejadian berulang.
Lubang berdiameter kira-kira dua meter dan sedalam hampir 20 meter itu terbentuk pada 4 Januari lalu dan terus mengeluarkan air tanpa henti.
Penduduk tempatan dan pengunjung dari luar kawasan datang berduyun-duyun untuk menyaksikan fenomena luar biasa ini, ada yang membawa botol dan bekas untuk mengumpul air, malah ada yang menyimpannya sebagai cenderamata.
Penduduk memasang paip sementara bagi menyalurkan air ke lokasi lebih selamat bagi mengelakkan orang ramai menghampiri tebing lubang yang tidak stabil.
Pihak berkuasa tempatan mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu hampir kerana struktur tanah berisiko runtuh.
Menurut Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN), lubang benam itu berkemungkinan terbentuk akibat runtuhan tanah ke dalam rongga semula jadi dalam lapisan batu gamping yang larut oleh air hujan dalam tempoh lama.
Apabila beban tanah tidak lagi ditampung, permukaan runtuh secara mendadak.
Fenomena ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk dan kestabilan tanah di kawasan pertanian aktif.
Kajian geologi terperinci sedang dijalankan, manakala pihak DPRD Kabupaten Lima Puluh Kota menggesa tindakan segera bagi mengelakkan kejadian berulang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan lubang benam muncul secara tiba-tiba di kawasan sawah padi di Jorong Tepi, Nagari Situjuah Batua, Sumatera Barat?
A: Lubang benam muncul akibat runtuhan tanah ke dalam rongga semula jadi dalam lapisan batu gamping yang larut oleh air hujan dalam tempoh lama. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh penduduk tempatan bagi menguruskan lubang benam yang terbentuk?
A: Penduduk tempatan memasang paip sementara bagi menyalurkan air ke lokasi yang lebih selamat dan mengelakkan orang ramai daripada menghampiri tebing lubang yang tidak stabil. - Q: Apakah yang dilakukan oleh Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) berhubung fenomena lubang benam tersebut?
A: BRIN menyatakan kemungkinan lubang benam terbentuk akibat runtuhan tanah ke dalam rongga semula jadi dalam lapisan batu gamping yang larut oleh air hujan dalam tempoh lama. - Q: Mengapakah pihak berkuasa tempatan mengingatkan orang ramai untuk tidak terlalu hampir dengan lubang benam tersebut?
A: Struktur tanah di sekitar lubang benam berisiko runtuh, oleh itu pihak berkuasa tempatan mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu hampir bagi mengelakkan kemungkinan kecederaan. - Q: Apakah kesan lubang benam yang terbentuk ini kepada kawasan pertanian aktif di sekitarnya?
A: Lubang benam menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk dan kestabilan tanah di kawasan pertanian aktif, menggerakkan pihak DPRD Kabupaten Lima Puluh Kota untuk menggesa tindakan segera bagi mengelakkan kejadian berulang.