Skip to main content

Dunia

Lubnan, Israel adakan pertemuan pertama di Jabatan Negara AS Selasa ini

Sumber: Adobe Stock
Pejabat Presiden berkata langkah itu dilakukan sebagai sebahagian daripada inisiatif oleh Presiden Lubnan, Joseph Aoun.

ISTANBUL: Lubnan dan Israel bersetuju untuk mengadakan pertemuan pertama mereka pada Selasa di Jabatan Negara AS di Washington yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata dan melancarkan rundingan terus, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Pejabat Presiden Lubnan.

Dalam satu kenyataan di X pada malam Jumaat, Pejabat Presiden berkata langkah itu dilakukan sebagai sebahagian daripada inisiatif oleh Presiden Lubnan, Joseph Aoun.

Advertisement

Sebagai sebahagian daripada proses dan berdasarkan arahan daripada Aoun, Duta Besar Lubnan ke Washington Nada Hamadeh Moawad telah mengadakan panggilan telefon dengan Duta Besar Israel ke Washington Yechiel Leiter, dalam apa yang disifatkan sebagai hubungan "pertama" antara kedua-dua pihak.

Duta Besar AS ke Lubnan Michel Issa, yang kini berada di Washington, turut menyertai panggilan tersebut.

Semasa panggilan itu, persetujuan dicapai untuk mengadakan pertemuan pertama Selasa depan di ibu pejabat Jabatan Negara AS bagi membincangkan pengumuman gencatan senjata dan masa untuk memulakan rundingan antara Lubnan dan Israel di bawah naungan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video