[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Lubnan nafi terlibat dalam kes Carlos Ghosn lari

Agensi 04/01/2020 | 15:39 MYT
Selain itu media negara itu turut mendakwa Ghosn mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan presiden Lubnan, Michel Aoun selepas melarikan diri dari Jepun ketika berdepan dakwaan salah laku kewangan.
LUBNAN menafikan ia mempunyai sebarang penglibatan dalam kes membabitkan bekas Ketua Nissan, Carlos Ghosn yang didakwa melarikan diri ke Beirut.
Media Jepun melaporkan, Ghosn didakwa bertemu seorang pegawai kerajaan Lubnan selepas tiba di Beirut pada Isnin.
Selain itu media negara itu turut mendakwa Ghosn mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan presiden Lubnan, Michel Aoun selepas melarikan diri dari Jepun ketika berdepan dakwaan salah laku kewangan.
Menteri Luar Negeri Hal Ehwal Presiden Lubnan berkata negara itu berminat untuk menjalin hubungan yang baik dengan Jepun dan mereka tidak terbabit dengan tindakan Ghosn melarikan diri.
Pada Khamis, pendakwa raya Lubnan mengesahkan pihaknya menerima notis amaran merah Interpol bagi penahanan Ghosn.
Bagaimanapun, pemangku Menteri Keadilan negara itu Albert Serhan menegaskan Ghosn akan didakwa mengikut undang-undang Lubnan berikutan tiada perjanjian ekstradisi antara Lubnan dan Jepun.
#beirut #Carlos Ghosn #Jepun #Ketua Nissan #lubnan #Michel Aoun