Ludovit Odor kekal PM sementara Slovakia sehingga pilihan raya pada September

Bernama
Jun 16, 2023 06:25 MYT
Presiden memberitahu bahawa pakar kewangan itu akan kekal memegang jawatan walaupun kerajaannya gagal undi percaya di Parlimen. - Gambar/ AP
BRATISLAVA: Ludovit Odor akan kekal sebagai perdana menteri sementara Slovakia sehingga pilihan raya pada 30 Sept, kata Presiden Zuzana Caputova pada Khamis.
Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan, Presiden memberitahu bahawa pakar kewangan itu akan kekal memegang jawatan walaupun kerajaannya gagal undi percaya di Parlimen.
Kabinet teknokrat beliau telah ditubuhkan sebulan lalu, tetapi kini kuasa yang mereka ada adalah terhad.
Berdasarkan tinjauan pendapat, parti sayap kiri Parti SMER-SSD yang diterajui bekas perdana menteri Robert Fico kini mendahului.
Fico tidak mahu lagi membantu Ukraine dengan membekalkan senjata, sebaliknya, beliau berkata hanya bantuan kemanusiaan dan ekonomi yang harus ditawarkan.
Kebanyakan parti lain enggan bekerjasama dengan Fico, ini bermakna pembentukan kerajaaan akan berdepan laluan sukar yang mungkin mengheret isu itu berlanjutan sehingga selepas 30 September.
-- BERNAMA
#Ludovit Odor #Perdana Menteri #Slovakia #pilihan raya