[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Lukashenko mulakan penggal ketujuh sebagai Presiden Belarus

Bernama 26/03/2025 | 09:08 MYT
Lukashenko mengangkat sumpah bagi penggal ketujuh selepas meraih kemenangan dalam pilihan raya pada 26 Januari lepas. - Reuters
MINSK: Alexander Lukashenko secara rasmi memulakan tugas sebagai Presiden Belarus pada Selasa.
Lukashenko mengangkat sumpah bagi penggal ketujuh selepas meraih kemenangan dalam pilihan raya pada 26 Januari lepas.
Majlis angkat sumpah berlangsung di Istana Kemerdekaan di Minsk, dihadiri pegawai kanan serta tetamu jemputan.
Dalam majlis itu, Lukashenko mengangkat sumpah jawatan dengan berikrar untuk setia berkhidmat kepada rakyat Belarus, menegakkan serta melindungi hak dan kebebasan rakyat, serta mematuhi dan mempertahankan perlembagaan negara.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Igor Karpenko, menyerahkan sijil presiden kepada beliau.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Belarus, Lukashenko memenangi pilihan raya presiden dengan 86.82 peratus undi.
-- BERNAMA
#Alexander Lukashenko #Presiden Belarus #angkat sumpah #penggal ketujuh