DUNIA
Lukisan artis Jepun Hokusai dijual pada harga rekod AS$4.02 juta dalam lelongan
Seorang pengunjung menghadiri pameran yang menggunakan teknologi canggih untuk menghidupkan karya seniman ukiyo-e ikonik era samurai, Katsushika Hokusai. - Foto REUTERS
TOKYO: Lukisan seorang wanita berdiri di atas salji oleh artis ukiyo-e Jepun Katsushika Hokusai mencecah harga 621 juta yen (AS$4.02 juta) dalam satu lelongan di Tokyo, harga tertinggi yang pernah dibayar untuk satu daripada karyanya, menurut rumah lelong pada Selasa, lapor Agensi Berita Kyodo.
Ringkasan AI
Pembida yang berjaya pada lelongan Sabtu lalu, yang dikendalikan oleh Tozai New Art Co., ialah Nitori Co., peruncit kelengkapan rumah utama Jepun yang berpangkalan di Sapporo, Hokkaido.
Katsushika Hokusai (1760-1849) adalah artis ukiyo-e terkemuka pada Era Edo Jepun, terkenal kerana menggambarkan Gunung Fuji dari pelbagai lokasi, termasuk Edo, yang kini dikenali sebagai Tokyo.
Lukisan itu, yang menggambarkan seorang wanita dipercayai gundik dari daerah hiburan Yoshiwara yang terkenal di Edo, dipercayai dihasilkan antara 1813 dan 1819, ketika Hokusai menggunakan nama samaran Taito.
Menurut syarikat itu, lukisan itu akan dipamerkan di Muzium Ukiyo-e Otaru, yang juga terletak di Hokkaido dan dikendalikan oleh Yayasan Kebudayaan Nitori.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lukisan wanita berdiri di atas salji oleh artis ukiyo-e Jepun Katsushika Hokusai terjual pada harga tertinggi sebanyak 621 juta yen dalam lelongan di Tokyo, jumlah yang belum pernah dicapai sebelum ini.
- Pembida yang berjaya, Nitori Co., merupakan peruncit kelengkapan rumah utama Jepun yang berpangkalan di Sapporo, Hokkaido, yang membeli lukisan tersebut pada lelongan Sabtu lalu yang dikendalikan oleh Tozai New Art Co.
- Lukisan yang menggambarkan seorang wanita dari daerah hiburan Yoshiwara di Edo itu dihasilkan antara 1813 dan 1819, dan akan dipamerkan di Muzium Ukiyo-e Otaru di Hokkaido yang dikendalikan oleh Yayasan Kebudayaan Nitori.