DUNIA
Lukisan Frida Kahlo terjual pada AS$54.7 juta, rekod tertinggi bagi seniman wanita
Dua pembida bersaing selama lima minit untuk mendapatkan lukisan 1940 bertajuk "El sueno (La cama)", atau "The Dream (The Bed)". - Foto AP
NEW YORK: Sebuah potret diri oleh pelukis terkenal Mexico, Frida Kahlo terjual pada harga AS$54.7 juta di New York, sekali gus mencatat rekod karya seni paling berharga pernah dilelong oleh seniman wanita, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis yang memetik rumah firma lelongan Sotheby's.
Ringkasan AI
Sotheby's berkata dua pembida bersaing selama lima minit untuk mendapatkan lukisan 1940 bertajuk "El sueno (La cama)", atau "The Dream (The Bed)", yang menggambarkan Kahlo berbaring di atas katil.
Identiti pembida yang berjaya tidak didedahkan.
Rekod lelongan terdahulu bagi karya seniman wanita dipegang pelukis Amerika Syarikat Georgia O'Keeffe, menerusi karya "Jimson Weed/White Flower No.1" yang terjual pada harga AS$44 juta pada 2014.
Bagi karya Kahlo sendiri, rekod sebelum ini mencecah AS$34.9 juta pada 2021.
"El sueno (La cama)" kali terakhir dilelong pada 1980 pada harga AS$51,000.
Seniman tersohor dunia itu, yang lahir pada 1907 dan meninggal dunia pada 1954 ketika berusia 47 tahun selepas kehidupan yang sarat kesakitan fizikal dan emosi, terkenal dengan potret dirinya yang ikonik.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lukisan potret diri Frida Kahlo terjual pada harga AS$54.7 juta di New York, memecahkan rekod karya seni wanita tertinggi yang pernah dilelong.
- Lukisan berjudul "El sueno (La cama)" menggambarkan Kahlo berbaring di atas katil dan menarik pertembungan dua pembida selama lima minit.
- Rekod lelongan terdahulu bagi karya seniman wanita dipegang oleh Georgia O'Keeffe sebanyak AS$44 juta, sementara karya Kahlo sendiri sebelum ini terjual pada harga AS$34.9 juta.