DUNIA
Lula beri amaran bawa isu tarif ke WTO, jemput Trump ke COP 30
Lula menyatakan beliau akan menghubungi Trump bagi menjemputnya menghadiri Sidang Kemuncak Iklim COP30 di Belem, Para, pada November ini. - Gambar fail AP
BOGOTA: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada Selasa menegaskan, beliau akan mempertahankan kepentingan ekonomi negaranya dengan menggunakan semua saluran yang ada, termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif baharu terhadap import dari Brazil.
"Pada 2025, kami akan mengambil semua langkah yang mungkin, bermula dengan membawa isu ini ke WTO, demi mempertahankan kepentingan kami," kata Lula dalam satu acara di Brasilia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beliau berkata, kerajaan Brazil telah memulakan langkah memperkukuh perdagangan luar dan menyokong syarikat tempatan sejak awal, bahkan sebelum pentadbiran baharu AS mengambil alih.
Lula turut menyentuh keengganan Presiden AS, Donald Trump untuk terlibat dalam dialog dengan menyatakan bahawa beliau tidak akan menghubungi Trump bagi membincangkan isu tarif kerana pemimpin itu "tidak mahu berbincang".
Namun, Lula menyatakan beliau akan menghubungi Trump bagi menjemputnya menghadiri Sidang Kemuncak Iklim COP30 di Belem, Para, pada November ini.
"Anda boleh yakin, saya akan hubungi Trump untuk menjemputnya ke COP30 dan mendengar pandangannya mengenai isu iklim. Saya cukup berbesar hati untuk menghubunginya," kata Lula.
AS dijangka mengenakan tarif sebanyak 50 peratus ke atas barangan import dari Brazil bermula Jumaat ini.
Lula menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Washington, namun menegaskan, sebarang rundingan mesti diadakan atas dasar kesaksamaan dan saling menghormati, dengan menekankan kedaulatan negara Brazil.
Ketegangan antara kedua-dua negara semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu, khususnya selepas keputusan AS mengenakan sekatan terhadap Hakim Mahkamah Agung Brazil, Alexandre de Moraes, berhubung peranannya dalam siasatan percubaan rampasan kuasa yang didakwa melibatkan bekas Presiden, Jair Bolsonaro.
-- BERNAMA