Skip to main content

Dunia

AS lulus jualan senjata bernilai AS$8.6 bilion kepada sekutu Asia Barat

Artist impression: A U.S. Navy MH-60S maritime helicopters engages a fast moving surface target with an APKWS. BAE Systems image.
Jualan itu melibatkan Israel, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), merangkumi peralatan ketenteraan serta perkhidmatan sokongan. - Foto BAE Systems

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan siri jualan senjata utama bernilai kira-kira AS$8.6 bilion kepada beberapa sekutunya di Asia Barat, menurut Jabatan Negara AS.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman web jabatan berkenaan, jualan itu melibatkan Israel, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), merangkumi peralatan ketenteraan serta perkhidmatan sokongan.

Advertisement

Qatar dijangka menerima perkhidmatan dan kelengkapan penggantian Sistem Pertahanan Udara dan Peluru Berpandu Patriot bernilai AS$4.01 bilion.

Kuwait pula mendapat kelulusan bagi Sistem Perintah Tempur Bersepadu bernilai AS$2.5 bilion.

Israel dan UAE masing-masing diluluskan untuk pembelian Advanced Precision Kill Weapon Systems, dengan nilai dianggarkan AS$992 juta bagi Israel dan AS$147 juta bagi UAE.

Jualan senjata itu tertakluk kepada kelulusan Kongres AS dan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Washington memperkukuh keupayaan pertahanan sekutu serantau di tengah ketegangan keselamatan yang berterusan di Asia Barat.
 

Must Watch Video