DUNIA
Luxembourg akan iktiraf negara Palestin pada Perhimpunan Agung PBB
Jumaat lalu, Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi menyokong "Deklarasi New York," yang bertujuan mengiktiraf sebuah negara Palestin dan memajukan penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Luxembourg berhasrat mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada akhir bulan ini semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
Perdana Menteri, Luc Frieden dan Menteri Luar, Xavier Bettel membuat pengumuman itu di hadapan suruhanjaya parlimen, menurut laporan pada Isnin.
Jumaat lalu, Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi menyokong "Deklarasi New York," yang bertujuan mengiktiraf sebuah negara Palestin dan memajukan penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.
-- BERNAMA