awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mabuk musim perayaan, risiko maut di landasan keretapi melonjak

Agensi
Agensi
16/12/2017
01:49 MYT
Mabuk musim perayaan, risiko maut di landasan keretapi melonjak
Lebih 7,400 insiden berkaitan alkohol dilaporkan pada rangkaian rel pada 2016-2017. - Foto: Gambar fail.
Syarikat operasi keretapi terbesar di United Kingdom, Network Rail England pada Jumaat mendedahkan jumlah kematian yang dikaitkan dengan tabiat mabuk sewaktu musim perayaan kini meningkat di negara itu.
Menurut syarikat itu, lebih 7,400 insiden berkaitan alkohol dilaporkan pada rangkaian rel keretapi sepanjang tempoh 2016-2017.
Daripada 7,419 kes, 16 peratus berlaku dalam tempoh perayaan Krismas, antara 24 November hingga 2 Januari.
Dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang didedahkan, ia menunjukkan bagaimana individu yang mabuk, jatuh ke landasan, yang secara tidak langsung sebahagian daripada amaran kepada penumpang untuk lebih berhati-hati.
Antara lain, bahaya itu termasuk jatuh dari platform, mengabaikan peringatan tahap menyeberang dan keganasan dalam kalangan penumpang.
Data juga menunjukkan 14 peratus laporan keganasan direkodkan antara 24 November 2016 hingga 2 Januari 2017 berbanding tempoh sama pada 2015-2016.
Satu daripada 10 kes yang dilaporkan adalah berkaitan alkohol.
Sejak 10 tahun lalu, 21 orang terbunuh terjatuh dari platform disebabkan alkohol sementara 91 yang lain mengalami kecederaan serius.
Topic Berkaitan
#England
#keretapi
#Krismas
#mabuk
#maut
#Network Rail
#rel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan