awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macron cadang "tadbir dan gubal undang-undang" secara berbeza

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2022
00:00 MYT
Macron cadang "tadbir dan gubal undang-undang" secara berbeza
Macron membuat ucapan itu secara langsung selepas dua hari berturut-turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti saingan dalam usaha untuk menunjukkan beliau terbuka untuk berdialog. - Foto AP
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron mencadangkan untuk "mentadbir dan menggubal undang-undang secara berbeza" berdasarkan kompromi antara kuasa politik yang pelbagai.
Beliau membuat pengumuman itu tiga hari selepas berdepan tamparan politik yang besar apabila partinya kehilangan majoriti di Parlimen.
"Majoriti presiden sememangnya relatif. Oleh itu tanggungjawabnya adalah untuk berkembang, sama ada dengan membina kontrak gabungan, atau dengan membina majoriti teks melalui teks.
"Untuk bertindak demi kepentingan anda dan demi kepentingan negara, kita mesti belajar secara kolektif untuk mentadbir dan menggubal undang-undang secara berbeza. Bina dengan gerakan politik yang membentuk Perhimpunan baharu kompromi baharu dalam dialog, mendengar, menghormati.
"Inilah yang anda mahukan dan saya ambil perhatian mengenainya. Ia mestilah tidak bermaksud terhenti. Ia mesti bermakna perjanjian dengan meluangkan masa untuk buatkan mereka," katanya.
Macron membuat ucapan itu secara langsung selepas dua hari berturut-turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti saingan dalam usaha untuk menunjukkan beliau terbuka untuk berdialog.
Ini adalah komen awam pertama beliau sejak kehilangan 44 ahli Parlimen daripada majoriti di Dewan Parlimen Perancis.
Bagaimanapun, parti saingannya kekal dengan pendirian untuk kekal menentang Macron dan tidak mahu bekerjasama dengannya.
Kerajaannya mengekalkan keupayaan untuk memerintah, tetapi hanya dengan berunding dengan penggubal undang-undang.
Pembangkang utama ialah pakatan berhaluan kiri Nupes yang diwujudkan oleh Jean-Luc Melenchon, dengan 131 kerusi.
Manakala, pemimpin sayap kanan, Marine Le Pen daripada parti perhimpunan kebangsaannya dengan 89 penggubal undang-undang.
Macron telah dipilih semula ke jawatan Presiden pada April.
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#mentadbir
#Parlimen
#Dewan Parlimen Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan