DUNIA

Macron gesa Amerika Syarikat tarik balik keputusan pembatalan visa pegawai Palestin

Agensi 03/09/2025 | 00:00 MYT
Presiden Macron gesa AS tarik balik keputusan pentadbiran Trump yang membatalkan atau menolak permohonan visa pegawai Pihak Berkuasa Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa. - Gambar fail AP
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik balik keputusan pentadbiran Trump yang membatalkan atau menolak permohonan visa pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini.

“Kami menyeru agar langkah ini dibatalkan dan memastikan wakil Palestin diberi ruang sesuai dengan Perjanjian Negara Tuan Rumah,” kata Macron dalam hantaran di platform X, merujuk kepada perjanjian AS dengan PBB yang membolehkan pemimpin dunia berkunjung ke ibu pejabat organisasi itu di New York.

Macron dijadual bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mempengerusikan sebuah persidangan mengenai penyelesaian dua negara di New York pada 22 September ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.




#Emmanuel Macron #pentadbiran Trump #visa pegawai Palestin #UNGA