PARIS: Eropah sewajarnya tidak mengikut "rentak Amerika" dan tidak terlibat dalam konfrontasi antara Amerika Syarikat (AS) dan China berhubung isu Taiwan, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Ahad.
Beliau berkata Eropah tidak sepatutnya mengikut rentak Amerika dan China yang keterlaluan memaksa orang lain membuat keputusan mengikut kehendak mereka, lapor Sputnik memetik kenyataan Macron.
Sebaliknya, Eropah perlu "bangun" dan memikirkan kepentingan mereka sendiri.
"Keutamaan kami adalah untuk tidak menyesuaikan diri dengan agenda negara lain di semua wilayah di dunia," kata pemimpin Perancis itu.
Kenyataan Macron dibuat selepas lawatannya ke China minggu lepas yang menyaksikan beliau memuji peranan Beijing dalam arena antarabangsa dan menggariskan kepentingan hubungan dua hala Perancis-China dalam pelbagai bidang.
Beberapa siri kontrak komersial turut ditandatangani antara syarikat kedua-dua negara semasa lawatan itu.
Isu Taiwan kembali hangat pada Ogos lalu selepas Speaker Dewan AS ketika itu Nancy Pelosi berkunjung ke pulau itu.
Beijing yang menganggap lawatan itu sebagai tanda sokongan terhadap pemisahan Taiwan, melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di sekitar pulau itu.
Walaupun dibantah China, lawatan Pelosi mencetuskan lebih ramai ahli politik Barat melawat Taiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
Kenyataan Macron dibuat selepas lawatannya ke China minggu lepas yang menyaksikan beliau memuji peranan Beijing dalam arena antarabangsa. - Fail/REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Notre-Dame dibuka semula 7 Dis, lima tahun selepas kebakaran
Katedral Notre-Dame di Paris akan dibuka semula pada 7 Dis, lima tahun selepas kebakaran dahsyat yang menarik perhatian dunia.
Israel cadang ambil tindakan undang-undang terhadap Macron
Yisrael Katz menerusi satu hantaran di X berkata, beliau telah mengarahkan prosiding undang-undang terhadap Macron.
Presiden Emmanuel Macron sifatkan kematian Yahya Sinwar sebagai 'turning point'
Presiden Emmanuel Macron menyifatkan kematian pemimpin Hamas, Yahya Sinwar sebagai titik perubahan (turning point) pembebasan tebusan.
'Jangan lupa, Israel dibentuk melalui PBB' - Presiden Perancis ingatkan Netanyahu
Kenyataan Macron itu dikongsikan oleh seorang individu yang bercakap kepada agensi berita Perancis, AFP, dan meminta agar tidak dinamakan.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Perdana Menteri Perancis Barnier bentuk kerajaan
Perdana Menteri baharu Perancis, Michel Barnier berjaya membentuk kerajaan dan dijangka menyerahkan senarai anggota Kabinet baharu kepada Presiden Emmanuel Macron.
Letupan alat kelui: Emmanuel Macron hubungi pemimpin Lubnan, Israel
Presiden Perancis menghubungi pemimpin politik dan tentera utama Lubnan termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu seru agar bertindak dengan berhati-hati.