awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macron tekankan kedaulatan negara perlu dihormati dalam usaha Amerika perangi kartel dadah

Bernama
Bernama
08/11/2025
01:10 MYT
Macron tekankan kedaulatan negara perlu dihormati dalam usaha Amerika perangi kartel dadah
Macron menegaskan, kerajaan beliau akan terus memerangi pengedaran dadah mengikut rangka kerja yang "sepenuhnya menghormati kedaulatan negara." - Gambar fail AP
WASHINGTON: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan, setiap negara mesti saling menghormati kedaulatan masing-masing dalam usaha membanteras penyeludupan dadah, ketika mengulas kempen serangan Pentagon dan laporan bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin menghantar tentera ke Mexico, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada 3 Okt, NBC News melaporkan bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump memulakan persiapan untuk misi yang melibatkan penghantaran anggota tentera serta pegawai perisikan AS ke Mexico kononnya bagi memerangi kartel dadah.
White House enggan mengesahkan laporan itu pada Selasa, manakala Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum menolak sebarang bentuk campur tangan ketenteraan AS di negaranya.
"Saya hanya ingin katakan bahawa Perancis komited terhadap prinsip kedaulatan negara.
"Perjuangan menentang pengedar dadah adalah usaha bersama yang menyatukan kita semua... ia diselesaikan melalui kerjasama antara negara berdaulat dan dengan menghormati kedaulatan masing-masing," kata Macron pada Jumaat dalam sidang akhbar bersama Sheinbaum ketika ditanya mengenai pendiriannya terhadap serangan dan kemungkinan campur tangan AS di Mexico.
Presiden Perancis itu menegaskan bahawa kerajaan beliau akan terus memerangi pengedaran dadah mengikut rangka kerja yang "sepenuhnya menghormati kedaulatan negara".
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Pentagon meningkatkan jumlah aset tentera laut, udara dan darat yang ditempatkan di seluruh Caribbean, di bawah kawasan tanggungjawab US Southern Command.
Tindakan itu dikatakan sebahagian daripada operasi besar-besaran yang menyasarkan penyeludupan dadah dan keganasan, menurut Washington.
Sejak awal September, Presiden Trump membenarkan beberapa siri serangan yang menyasarkan kapal-kapal yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah di Caribbean dan Pasifik Timur.
Sehingga 7 Nov, serangan itu memusnahkan kira-kira 18 kapal dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 70 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#penyeludupan dadah
#perangi kartel dadah
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan