Maduro dijangka muncul di mahkamah di New York hari ini

Maduro yang digulingkan dijangka membuat penampilan pertama di mahkamah New York pada sekitar tengah hari ini (Isnin) waktu Timur Amerika Syarikat selepas pentadbiran Donald Trump menahannya kelmarin. - Gambar fail Reuters
NEW YORK: Bekas Presiden Venezuela, Nicolas Maduro yang digulingkan dijangka membuat penampilan pertama di mahkamah New York pada sekitar tengah hari ini (Isnin) waktu Timur Amerika Syarikat (AS) selepas pentadbiran Donald Trump menahannya kelmarin.
Maduro dan isteri, Cilia Flores berdepan pertuduhan di AS termasuk konspirasi pengedaran dadah serta kesalahan berkaitan senjata.
Menurut Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Selatan New York, prosiding itu akan berlangsung di hadapan Hakim Daerah, Alvin Hellerstein.
Jabatan Kehakiman AS pada Sabtu mendedahkan, pertuduhan baharu terhadap Maduro, sebahagian daripada kes jenayah pengedaran dadah yang telah dibawa ke mahkamah selama 15 tahun dengan Maduro dinamakan sebagai defendan sejak enam tahun lalu.
Hakim Hellerstein, 92, yang dilantik semasa pentadbiran Clinton, telah mengendalikan kes ini lebih sedekad dan dikenali sebagai hakim berpengalaman yang pernah menguruskan beberapa kes berprofil tinggi. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


