DUNIA
Maduro sedia isytihar darurat jika Venezuela diserang tentera AS
Maduro (foto) bersedia mengisytiharkan darurat nasional susulan serangan tentera AS terhadap bot yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah di perairan Caribbean. -Gambar fail/AP
CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menyatakan kesediaan untuk mengisytiharkan darurat sekiranya negara itu diserang secara ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS).
Ringkasan AI
Ia susulan siri serangan udara terhadap bot yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah di perairan Caribbean.
Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung pada Isnin, Maduro berkata proses rundingan telah dimulakan untuk mengaktifkan peruntukan darurat mengikut Perlembagaan Venezuela, bagi melindungi rakyat dan kestabilan negara daripada serangan empayar Amerika.
Terdahulu, Naib Presiden Delcy Rodriguez memaklumkan kepada diplomat asing bahawa Maduro telah menandatangani dekri khas yang memberinya kuasa luar biasa dalam hal ehwal keselamatan dan pertahanan, termasuk mobilisasi tentera di seluruh negara serta kawalan ke atas perkhidmatan awam dan industri minyak.
Langkah ini diambil selepas AS, di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, menghantar lapan kapal perang, sebuah kapal selam berkuasa nuklear dan pesawat pejuang F-35 ke perairan antarabangsa berhampiran Venezuela, kononnya bagi operasi memerangi penyeludupan dadah.
Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga bot kecil telah dibom oleh tentera AS, menyebabkan 17 rakyat Venezuela terbunuh.
Serangan tersebut dikritik oleh pakar PBB sebagai pembunuhan luar proses undang-undang kerana tiada pendakwaan rasmi terhadap mangsa.
Maduro menolak dakwaan bahawa Venezuela merupakan sumber utama dadah ke AS, dan menyatakan hasrat untuk menjalin hubungan bersejarah dan damai dengan Washington.
Namun, laporan NBC News mendedahkan bahawa pegawai tentera AS sedang merangka pelan serangan udara terhadap sasaran penyeludupan dadah di dalam wilayah Venezuela sendiri.
Kuasa darurat yang diperuntukkan dalam dekri Maduro akan berkuat kuasa selama 90 hari dan boleh dilanjutkan untuk tempoh tambahan 90 hari, selaras dengan Perlembagaan Venezuela.
Ringkasan AI
- Presiden Venezuela Nicolas Maduro bersedia mengisytiharkan darurat nasional susulan serangan tentera AS terhadap bot yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah di perairan Caribbean.
- Dekri khas telah ditandatangani bagi memberi kuasa luar biasa kepada Maduro termasuk mobilisasi tentera dan kawalan ke atas perkhidmatan awam serta industri minyak.
- Serangan AS menyebabkan 17 rakyat Venezuela terbunuh, dikritik oleh pakar PBB sebagai pembunuhan luar proses undang-undang, sementara laporan mendedahkan pelan serangan udara terhadap sasaran dalam wilayah Venezuela sedang dirangka.