DUNIA

Maduro tiba bergari di New York, sempat ucap Selamat Tahun Baharu menjelang perbicaraan

Astro Awani 04/01/2026 | 03:50 MYT
Ketika dibawa keluar dari kenderaan persekutuan, Maduro dilihat tenang dan sempat melambaikan tangan sambil mengucapkan ‘Selamat Tahun Baharu’. -Foto Reuters
NEW YORK: Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, dilaporkan tiba di New York dalam keadaan bergari sambil mengucapkan ‘Selamat Tahun Baharu’ kepada orang ramai menjelang perbicaraan jenayah persekutuan yang dijadualkan minggu ini.


Ringkasan AI
  • Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, tiba di New York dalam keadaan bergari dan mengucapkan 'Selamat Tahun Baharu' kepada orang ramai menjelang perbicaraan jenayah persekutuan yang dijadualkan minggu ini.
  • Maduro dan isteri, Cilia Flores, dibawa masuk ke bandar raya itu melalui helikopter khas sebelum diiringi ke pejabat Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) untuk tatapan media antarabangsa dan penunjuk perasaan Venezuela.
  • Penahanan Maduro berlaku selepas operasi ketenteraan oleh pasukan khas Amerika Syarikat di Caracas, dengan beliau dijangka dihadapkan ke mahkamah persekutuan di Brooklyn atas pertuduhan termasuk pengedaran dadah, rasuah, dan pelanggaran hak asasi manusia.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Maduro, 63, dan isterinya, Cilia Flores, dibawa masuk ke bandar raya itu melalui helikopter khas sebelum diiringi ke pejabat Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) untuk tatapan media antarabangsa dan penunjuk perasaan Venezuela.

Penahanan Maduro dikatakan berlaku selepas operasi ketenteraan oleh pasukan khas Amerika Syarikat di Caracas, yang menyaksikan beliau dan isterinya ditahan di kediaman rasmi mereka.

Operasi selama dua jam itu dilaporkan melibatkan penggunaan jet pejuang dan helikopter tentera.

Ketika dibawa keluar dari kenderaan persekutuan, Maduro dilihat tenang dan sempat melambaikan tangan sambil mengucapkan ‘Happy New Year’ (Selamat Tahun Baharu), mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beliau dijangka dihadapkan ke mahkamah persekutuan di Brooklyn atas pertuduhan termasuk pengedaran dadah, rasuah dan pelanggaran hak asasi manusia.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku kepada Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, ketika beliau tiba di New York?
    A: Maduro tiba di New York dalam keadaan bergari sambil mengucapkan 'Selamat Tahun Baharu' kepada orang ramai menjelang perbicaraan jenayah persekutuan yang dijadualkan.
  • Q: Apa yang menyebabkan penahanan Nicolás Maduro dan isterinya, Cilia Flores?
    A: Penahanan Maduro dan isterinya berlaku selepas operasi ketenteraan oleh pasukan khas Amerika Syarikat di Caracas, di mana beliau ditahan di kediaman rasmi mereka.
  • Q: Di mana Nicolás Maduro dijangka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan yang dikenakan kepadanya?
    A: Maduro dijangka dihadapkan ke mahkamah persekutuan di Brooklyn atas pertuduhan termasuk pengedaran dadah, rasuah, dan pelanggaran hak asasi manusia.



#Presiden Venezuela #Nicolas Maduro #Cilia Flores #bergari