awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahal dan terhad, Orang Asli Mexico pilih anyam topeng muka dari daun palma

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
21/04/2020
05:56 MYT
Mahal dan terhad, Orang Asli Mexico pilih anyam topeng muka dari daun palma
Komuniti itu sebelum ini dipercayai turut memberi tumpuan dalam penghasilan produk kraftangan lain seperti tikar dan topi. - Gambar Facebook@INTERNATIONAL INDIGENOUS YOUTH COUNCIL
Meskipun sumber terhad dan harga yang tidak berpatutan, itu tidak menghalang sekumpulan komuniti Orang Asli di Mexico menghasilkan topeng muka sendiri demi melindungi diri dari jangkitan COVID-19.
Menggunakan kaedah anyaman, topeng muka kraftangan itu dihasilkan daripada daun palma yang merupakan sejenis tumbuhan asli di daerah Oaxaca.
Menurut seorang pengusaha kraftangan dikenali Juana Lopez, pembuatan topeng muka menggunakan daun itu adalah lebih murah berbanding topeng muka perubatan.
“Topeng ini lebih mudah kerana ia boleh dibasuh dan digunakan semula.
“Ia lebih cepat dan murah kerana topeng muka sangat mahal untuk dibeli ketika krisis (COVID-19) ini,” katanya seperti dipetik dari berita Al-Jazeera.
Difahamkan, masyarakat yang juga dikenali sebagai komuniti Mixtec itu turut menghasilkan sejumlah 5,000 topeng muka untuk didermakan kepada kumpulan Orang Asli di seluruh negara.
Komuniti itu sebelum ini turut memberi tumpuan dalam penghasilan produk kraftangan lain seperti tikar dan topi.
Mexico sebelum ini mengisytiharkan darurat selama sebulan bermula 30 Mac lalu dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Negara itu, sehingga kini, mencatatkan lebih 8,000 kes positif dengan 712 kes kematian dilaporkan.
Topic Berkaitan
#COVID19
#daun sawit
#face mask
#koronavirus
#mask
#Mexico
#Orang Asli
#penutup mulut hidung
#perubatan
#topeng muka
#topeng muka anyaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan