DUNIA
MAHAR kecam serangan Israel di Doha, amaran pencerobohan merebak ke luar Gaza
Tindakan Israel itu merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa serta ancaman terhadap kestabilan rantau Teluk. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Serangan udara Israel yang menyasarkan kepimpinan Hamas di Doha, Qatar, disifatkan mencetuskan kebimbangan besar apabila konflik yang sekian lama tertumpu di Gaza kini merebak ke luar sempadan Palestin.
Ringkasan AI
Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari menerusi satu kenyataan menegaskan, tindakan itu merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa serta ancaman terhadap kestabilan rantau Teluk.
“Israel melancarkan serangan terhadap kepimpinan Hamas di Doha, iaitu operasi ketenteraan pertama yang diketahui di wilayah Qatar. Tindakan berbahaya ini mengancam kestabilan serantau dan menetapkan duluan yang sangat berisiko.
“Gaza sedang diubah menjadi tanah perkuburan di depan mata dunia, dan kini Israel berani meluaskan pencerobohannya ke negara berdaulat lain. Persoalan yang mesti kita semua tanya ialah, negara manakah yang akan diserang Israel selepas ini,” katanya.
Selain itu, MAHAR turut mengecam kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang sebelum ini mengeluarkan arahan kepada penduduk bandar Gaza agar segera meninggalkan kawasan itu.
Arahan ini dikeluarkan beberapa jam selepas Israel mengumumkan rancangan meningkatkan serangan udara ke atas wilayah tersebut.
“Arahan pemindahan di bawah pengeboman tanpa henti menjadikan kehidupan tidak tertanggung. Orang awam diperintahkan meninggalkan kawasan bandar Gaza, sedangkan sempadan Gaza terus ditutup, jalan-jalan dimusnahkan dan koridor kemanusiaan dihalang.
“Ini bukanlah pemindahan, sebaliknya ia adalah pengusiran paksa, satu jenayah di bawah undang-undang antarabangsa dan sebahagian daripada kempen pembersihan etnik Israel yang berterusan,” tambahnya lagi.
Ujarnya, arahan pemindahan paksa warga Gaza ke Al-Mawasi yang digelar sebagai zon kemanusiaan juga adalah sesuatu yang tidak berasas kerana kawasan itu sudah terlalu sesak, selain kekurangan perkhidmatan asas, malah kemudahan asas seperti hospital, sekolah dan infrastruktur penting dimusnahkan secara sistematik.
Pada masa sama, MAHAR ujarnya, turut mengecam serangan Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa yang membawa makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.
"Ia merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang maritim antarabangsa dan serangan terhadap nilai kemanusiaan," katanya.
Sehubungan itu, MAHAR menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa isu ini ke Perhimpunan Agung di bawah Resolusi Uniting for Peace bagi menghentikan genosid di Gaza serta memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas jenayah perang yang dilakukan.
“Dunia tidak boleh berpaling. Pengusiran paksa, kebuluran, serangan terhadap bantuan, dan serangan rentas sempadan adalah jenayah yang tidak boleh diterima.
“Rakyat Gaza dan seluruh rantau berhak mendapat keselamatan, maruah, dan keadilan,” katanya.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Serangan udara Israel terhadap kepimpinan Hamas di Doha, Qatar mencetuskan kebimbangan besar kerana ia menandakan peluasan konflik Gaza ke luar sempadan Palestin dan disifatkan sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa serta ancaman terhadap kestabilan rantau Teluk.
- MAHAR mengecam arahan pemindahan paksa penduduk Gaza ke zon kemanusiaan Al-Mawasi yang sudah sesak dan kekurangan kemudahan asas, serta menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada kempen pembersihan etnik Israel.
- Serangan Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa turut dikecam sebagai pelanggaran undang-undang maritim dan nilai kemanusiaan; MAHAR menggesa negara anggota PBB membawa isu ini ke Perhimpunan Agung bagi menghentikan genosid dan memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas jenayah perang.