Maharaja Jepun akan hadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II

Bernama
September 14, 2022 11:38 MYT
Keberangkatan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako ke istiadat pemakaman berkenaan ialah kunjungan pertama pasangan diraja itu ke luar negara sejak menduduki takhta pada 2019. - REUTERS
ISTANBUL: Maharaja Jepun Maharaja Naruhito dan Maharani Masako akan menghadiri istiadat pemakaman negara mendiang Ratu Elizabeth II, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat istana maharaja pada Rabu.
Menurut kenyataan itu kerajaan Britain telah menghantar undangan untuk menghadiri istiadat berkenaan.
Keberangkatan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako ke istiadat pemakaman berkenaan ialah kunjungan pertama pasangan diraja itu ke luar negara sejak menduduki takhta pada 2019.
Mendiang Ratu Elizabeth II pernah melawat Jepun pada 1975.
Jurucakap Kerajaan Jepun Hirokazu Matsuno turut mengesahkan perkara itu.
Maharaja Naruhito pada Jumaat lalu menzahirkan dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II serta merakamkan setinggi penghargaan atas pencapaian dan sumbangan mendiang Ratu.
-- BERNAMA
#Kemangkatan Ratu Elizabeth II #Maharaja Jepun #Maharaja Naruhito #Maharani Masako