awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahfud MD letak jawatan sebagai Menteri Penyelaras menjelang Pilpres 2024

Bernama
Bernama
01/02/2024
13:29 MYT
Mahfud MD letak jawatan sebagai Menteri Penyelaras menjelang Pilpres 2024
Surat rasmi peletakan jawatan itu diserahkan kepada Presiden Joko Widodo semasa mesyuarat yang berlangsung di Istana Negara pada Khamis. - Instagram @mohmahfudmd
JAKARTA: Calon Naib Presiden Mahfud MD secara rasmi meletak jawatan sebagai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, 12 hari sebelum pilihan raya presiden 2024.
Surat rasmi peletakan jawatan itu diserahkan kepada Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi semasa mesyuarat yang berlangsung di Istana Negara pada Khamis.
Mahfud berkata surat itu antara lain bertujuan menyatakan penghargaannya atas pelantikan beliau pada 2019 serta keputusannya untuk menumpukan perhatiannya kepada politik.
"Kami bercakap secara ikhlas dalam suasana kekeluargaan, berkongsi kisah masa lalu ketika mula bekerja bersama-sama.
"Presiden mengiktiraf khidmat saya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal politik, undang-undang dan keselamatan, empat setengah tahun, lebih lama daripada menteri lain dalam jawatan yang sama semasa pentadbiran Jokowi," katanya pada sidang media.
Mahfud berganding dengan bekas gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo, calon presiden parti pemerintah.
Dua lagi calon presiden dan naib presiden ialah Menteri Pertahanan Prabowo Subianto yang bekerjasama dengan Gibran Rakabuming Raka, anak sulung Jokowi, dan bekas Gabenor Jakarta Anies Baswedan yang bergandingan dengan Muhaimin Iskandar.
Rakyat Indonesia akan mengundi pada 14 Februari bagi memilih pemimpin baharu menggantikan Jokowi yang akan menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya presiden
#Indonesia
#Pilpres
#Mahfud MD
#Jokowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan