DUNIA
Mahkamah Agung AS tolak rayuan Ghislaine Maxwell dalam kes Epstein
Maxwell disabitkan pada 2021 atas lima pertuduhan termasuk merekrut dan menggroom remaja perempuan untuk dieksploitasi secara seksual oleh Epstein antara tahun 1994 hingga 2004. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat menolak rayuan Ghislaine Maxwell untuk membatalkan sabitan kes pemerdagangan seks yang melibatkan jutawan Jeffrey Epstein, sekali gus mengekalkan hukuman penjara 20 tahun yang dijatuhkan ke atas bekas sosialit Britain itu.
Ringkasan AI
Keputusan itu diumumkan tanpa sebarang ulasan daripada panel hakim, menandakan penolakan terhadap hujah Maxwell bahawa beliau sepatutnya dilindungi daripada pendakwaan berdasarkan perjanjian tidak mendakwa (non-prosecution agreement) yang dimeterai oleh Epstein dengan pendakwa raya Florida pada 2007.
“Kami amat kecewa, tetapi perjuangan ini belum berakhir,” kata peguam Maxwell, David Oscar Markus.
“Masih ada isu undang-undang dan fakta yang serius, dan kami akan terus mencari jalan untuk memastikan keadilan ditegakkan,” tambahnya.
Maxwell, 63, disabitkan pada 2021 atas lima pertuduhan termasuk merekrut dan menggroom remaja perempuan untuk dieksploitasi secara seksual oleh Epstein antara tahun 1994 hingga 2004.
Epstein meninggal dunia dalam penjara pada 2019 ketika menunggu perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan seks.
Rayuan Maxwell sebelum ini ditolak oleh Mahkamah Rayuan AS Litar Kedua, yang menyatakan bahawa perjanjian Epstein hanya terpakai di Florida dan tidak mengikat pendakwa raya di New York.
Keputusan Mahkamah Agung ini menjadikan pengampunan presiden sebagai satu-satunya jalan keluar yang mungkin bagi Maxwell.
Presiden Donald Trump, yang pernah mempunyai hubungan sosial dengan Epstein, enggan mengulas sama ada beliau mempertimbangkan pengampunan.
Maxwell baru-baru ini dipindahkan dari penjara di Florida ke kem tahanan berkeselamatan minimum di Texas, selepas satu pertemuan luar biasa dengan Timbalan Peguam Negara Todd Blanche, bekas peguam peribadi Trump.
Langkah itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan mangsa dan pemerhati undang-undang.
Kes Epstein terus menjadi tumpuan awam dan politik, dengan desakan agar Jabatan Kehakiman AS mendedahkan fail siasatan penuh yang masih dirahsiakan.
Penolakan rayuan Maxwell dijangka memperkukuh tekanan terhadap pihak berkuasa untuk bertindak lebih telus dalam skandal yang melibatkan tokoh-tokoh berpengaruh.
Ringkasan AI
- Ghislaine Maxwell gagal membatalkan sabitan pemerdagangan seks dalam kes Jeffrey Epstein, dan hukuman penjara 20 tahun kekal berkuat kuasa.
- Panel hakim menolak dakwaan bahawa Maxwell dilindungi oleh perjanjian tidak mendakwa yang dimeterai Epstein di Florida, kerana ia tidak terpakai di New York.
- Penolakan rayuan ini memperkukuh desakan agar Jabatan Kehakiman AS bertindak lebih telus dalam siasatan Epstein yang melibatkan tokoh-tokoh berpengaruh.