awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah benarkan lelaki bernama Kentut tukar nama

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
23/04/2018
21:25 MYT
Mahkamah benarkan lelaki bernama Kentut tukar nama
Ihsan menerima keptutusan mahkamah dengan melakukan sujud syukur beberapa kali.
MAHKAMAH Negeri Tangerang, Indonesia telah menunaikan permintaan seorang ayah untuk secara rasmi mengubah namanya dari Kentut ke Ihsan Hadi berikutan aduan dari anaknya.
Lapor Jakarta Post, Hakim Elly Istianawati, membaca keputusannya pada Isnin, yang mana Ihsan menerima dengan melakukan sujud syukur beberapa kali di kamar mahkamah.
"Alhamdulillah, mahkamah membenarkan permintaan saya untuk menukar nama, saya sangat gembira, saya akan berasa lebih yakin dan anak saya tidak akan berasa malu lagi kerana bapanya sekarang mempunyai nama yang cantik,” kata penjual mi berusia 30 tahun itu.
Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya.
Menurut Ihsan, bapanya, tanpa sebab yang jelas, memutuskan untuk menamakannya Kentut ketika dia dilahirkan iaitu pada tahun 1988 di Surakarta, Jawa Tengah.
Ihsan berkata sejak dari kecil lagi dia mahu mengubah namanya tetapi tiada seorang pun di kampungnya tahu prosedur undang-undang.
"Jadi saya terpaksa hidup dengan nama itu selama bertahun-tahun," kata Ihsan.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kentut
#mahkamah
#sekolah
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan