DUNIA
Mahkamah Brazil benarkan pendakwaan terhadap anak Bolsonaro
Mahkamah Agung Brazil pada September lalu menjatuhkan hukuman penjara lebih 27 tahun terhadap Jair Bolsonaro atas cubaan melakukan rampasan kuasa. - AP
BUENOS AIRES: Anak kepada bekas presiden Brazil Jair Bolsonaro bakal berdepan prosiding jenayah atas dakwaan cuba memaksa badan kehakiman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam kenyataan pada Sabtu, Mahkamah Agung Brazil berkata ia membenarkan pertuduhan dikenakan terhadap ahli Parlimen Eduardo Bolsonaro.
Hakim-hakim masih boleh mengubah keputusan itu sebelum 25 Nov, namun ia belum pernah berlaku dalam dewan berkenaan.
Eduardo Bolsonaro kini tinggal di Amerika Syarikat (AS). Jika disabitkan kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara sehingga empat tahun.
Pihak pendakwa menuduh beliau cuba menekan badan kehakiman Brazil agar menjatuhkan hukuman lebih ringan terhadap bapanya dalam perbicaraan cubaan rampasan kuasa oleh bekas presiden itu.
Beliau didakwa memanfaatkan rangkaiannya dalam kalangan pegawai kerajaan AS untuk mendesak Washington supaya mengenakan tarif penalti terhadap produk Brazil dan sekatan ke atas hakim yang mengendalikan kes itu.
Mahkamah Agung Brazil pada September lalu menjatuhkan hukuman penjara lebih 27 tahun terhadap Jair Bolsonaro atas cubaan melakukan rampasan kuasa susulan kekalahannya kepada Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.
-- BERNAMA