DUNIA
Mahkamah China penjarakan 27 individu kerana seludup logam kritikal antimoni
Seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai ketua kumpulan dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak 1 juta yuan (AS$142,000), menurut mahkamah. - Gambar hiasan
BEIJING: Sebuah mahkamah di selatan China menjatuhkan hukuman penjara ke atas 27 individu kerana melanggar peraturan kawalan eksport dengan menyeludup logam kritikal antimoni keluar dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mahkamah Rakyat Shenzhen pada Rabu mensabitkan kumpulan itu atas pertuduhan mengeksport jongkong antimoni secara haram.
Seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai ketua kumpulan dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak 1 juta yuan (AS$142,000), menurut mahkamah.
Tertuduh lain menerima hukuman penjara antara empat bulan hingga lima tahun.
Kumpulan itu didakwa mengendalikan sebanyak 166 tan antimoni antara Februari dan Mac tahun ini, dengan bekerjasama bersama apa yang digambarkan sebagai "sindiket penyeludupan asing" yang tidak dinamakan. Pihak berkuasa kastam China merampas 96 tan bahan itu.
Mahkamah memutuskan yang tertuduh melanggar peraturan yang mengawal barangan dwi-guna, iaitu barangan yang boleh digunakan untuk tujuan awam dan ketenteraan.
China meletakkan antimoni dalam senarai kawalan eksportnya pada September 2024, dengan alasan keperluan untuk memperkukuh perlindungan keselamatan negara. Harga antimoni hampir berganda susulan langkah itu.
Industri pertahanan bergantung kepada antimoni untuk pembuatan peluru, manakala kegunaan industri termasuk pembuatan bateri. Dalam gabungan dengan bahan lain, antimoni juga lazim digunakan sebagai bahan kalis api, termasuk pada penutup tempat duduk kenderaan dan pesawat.
China adalah pengeluar antimoni terbesar di dunia. Dalam pertikaian perdagangan terkini dengan kuasa Barat, Beijing turut menyekat eksport bahan penting lain, termasuk grafit dan tujuh unsur nadir bumi.
--BERNAMA-dpa