DUNIA
Mahkamah halang sementara Trump kerah Pengawal Kebangsaan ke Los Angeles
Kuasa kawalan ke atas Pengawal Kebangsaan dikembalikan kepada Gabenor California, Gavin Newsom. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengeluarkan perintah sementara yang menghalang Presiden Donald Trump daripada mengerahkan anggota Pengawal Kebangsaan ke Los Angeles, susulan saman yang difailkan oleh pemimpin Parti Demokrat berhubung tindakan keras terhadap dasar imigresen, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
"Mahkamah mengesahkan apa yang kita semua tahu -- tentera sepatutnya berada di medan perang, bukan di jalan-jalan di bandar kita... Tamatkan ketenteraan secara haram di Los Angeles sekarang, Presiden Trump," kata Gabenor California Gavin Newsom dalam satu hantaran di X, sambil melampirkan salinan keputusan mahkamah.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah supaya kawalan ke atas Pengawal Kebangsaan dikembalikan kepada Gabenor California, dengan pelaksanaan dikuat kuasa pada tengah hari Jumaat.
Sebelum ini, satu serbuan oleh agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) AS pada 6 Jun bagi mengenal pasti migran tanpa dokumen di pusat bandar Los Angeles telah mencetuskan pertempuran dengan para penunjuk perasaan.
Pada hari sama, Newsom mengancam bahawa California boleh menolak membayar cukai persekutuan sebagai tindak balas terhadap cadangan pemotongan besar-besaran dana persekutuan oleh pentadbiran Trump.
Keesokan harinya, Rumah Putih mengumumkan penempatan 2,000 anggota Pengawal Kebangsaan ke bandar itu.
Sebagai tindak balas terhadap langkah itu, Newsom secara rasmi memohon supaya keputusan itu dibatalkan, sambil menuduh Rumah Putih mencetuskan rusuhan dan menegaskan bahawa pihak berkuasa negeri dan bandar tidak menghadapi sebarang masalah sebelum campur tangan Presiden.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah AS menghalang Presiden Trump daripada menghantar Pengawal Kebangsaan ke Los Angeles selepas tindakan keras terhadap dasar imigresen.
- Kuasa kawalan ke atas Pengawal Kebangsaan dikembalikan kepada Gabenor California, Gavin Newsom.
- Ketegangan bermula selepas serbuan imigresen mencetuskan pertempuran dengan penunjuk perasaan, diikuti dengan ancaman Newsom dan penempatan tentera oleh Rumah Putih.