awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
DR Congo, Rwanda tandatangani perjanjian damai menerusi usaha perantaraan AS
MALAYSIA
ATM perlu sentiasa dilengkapi teknologi pertahanan terkini - Agong
MALAYSIA
Remaja lelaki lemas ketika cuba ambil mata kail tersangkut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Mahkamah Israel tolak permohonan Netanyahu tangguh perbicaraan rasuah

Agensi
Agensi
27/06/2025
22:45 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Israel tolak permohonan Netanyahu tangguh perbicaraan rasuah
Sebuah mahkamah di Israel pada Jumaat menolak permohonan Netanyahu untuk menangguhkan sesi keterangan dalam perbicaraan rasuahnya, walaupun mendapat sokongan terbuka daripada Presiden Trump. - Gambar fail AP
JERUSALEM: Sebuah mahkamah di Israel pada Jumaat menolak permohonan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk menangguhkan sesi keterangan dalam perbicaraan rasuahnya, walaupun mendapat sokongan terbuka daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Peguam Netanyahu pada Khamis telah memohon agar mahkamah membebaskan beliau daripada menghadiri perbicaraan dalam tempoh dua minggu akan datang, dengan alasan pemimpin itu perlu memberi tumpuan kepada isu keselamatan susulan konflik 12 hari antara Israel dan Iran.
Namun, Mahkamah Daerah Jerusalem dalam keputusannya yang diterbitkan secara dalam talian menyatakan, permohonan tersebut "tidak disertakan asas atau justifikasi terperinci yang mencukupi untuk membatalkan sesi perbicaraan."
Trump sebelum ini menyifatkan pertuduhan terhadap Netanyahu sebagai satu “pemburuan ahli sihir”, dan menggesa agar perbicaraan itu “DIBATALKAN SEGERA” atau Netanyahu diberikan pengampunan kerana dianggap sebagai “wira hebat.”
Netanyahu sebelum ini mengucapkan terima kasih kepada Trump atas sokongan beliau sepanjang konflik ringkas antara Israel dan Iran yang berakhir dengan gencatan senjata pada 24 Jun lalu.
Perdana Menteri Israel itu menafikan sebarang salah laku, manakala para penyokongnya pula mendakwa perbicaraan yang telah berlarutan sekian lama itu bermotifkan politik.
Dalam salah satu kes, Netanyahu dan isterinya, Sara, dituduh menerima barangan mewah bernilai lebih AS$260,000 termasuk cerut, barang kemas dan champagne daripada beberapa hartawan sebagai balasan kepada layanan istimewa dalam urusan politik.
Dalam dua kes lain, Netanyahu didakwa cuba mendapatkan liputan media yang lebih menguntungkan daripada dua agensi media utama Israel.
Sepanjang penggal semasa yang bermula sejak akhir 2022, kerajaan pimpinan Netanyahu turut mencadangkan beberapa pembaharuan kehakiman yang disifatkan pengkritik sebagai usaha untuk melemahkan institusi kehakiman negara itu.
Netanyahu sebelum ini telah beberapa kali memohon penangguhan perbicaraan sejak ia bermula pada Mei 2020, termasuk dengan merujuk konflik di Gaza pada 2023, pertempuran di Lubnan dan terbaharu perang dengan Iran bulan ini. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#kes rasuah Benjamin Netanyahu
#Trump sokong Netanyahu
#Mahkamah Israel
#Israel serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami