INTERNATIONAL

Mahkamah Korea Selatan tolak pemecatan PM Han Duck-soo

Bernama 24/03/2025 | 03:20 MYT
Keputusan mahkamah itu diumumkan tiga bulan selepas Han didakwa atas peranannya dalam pengisytiharan undang-undang tentera. - Foto REUTERS
SEOUL: Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada Isnin menolak pemecatan Perdana Menteri Han Duck-soo, sekali gus mengembalikannya ke jawatan sebagai pemangku presiden di tengah-tengah ketidaktentuan politik berikutan Presiden Yoon Suk Yeol yang digantung tugas dan pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat.

Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa keputusan itu dibuat dengan undian 5-1 oleh lapan hakim mahkamah. Dua hakim menolak usul pemecatan sepenuhnya.

Keputusan mahkamah itu diumumkan tiga bulan selepas Han didakwa atas peranannya dalam pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon pada 3 Dis lalu, serta beberapa alasan lain.

-- BERNAMA







#Han Duck-soo