DUNIA
Mahkamah Madrid arah META bayar AS$551 juta kepada media Sepanyol atas persaingan tidak adil
Mahkamah Merkantil itu memutuskan bahawa Meta mengekstrak dan menggunakan data pengguna yang dilindungi dan melanggar undang-undang Kesatuan Eropah untuk menghasilkan iklan bersasar yang lebih berkesan.
OVIEDO (Sepanyol): Sebuah mahkamah di Madrid mengarahkan Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, membayar EUR479 juta (AS$551 juta) kepada 87 portal media digital dan agensi berita di Sepanyol kerana menggunakan data peribadi secara tidak sahbagi memperoleh kelebihan dalam pengiklanan, menurut mahkamah pada Khamis.
Mahkamah Merkantil itu memutuskan bahawa Meta mengekstrak dan menggunakan data pengguna yang dilindungi dan melanggar undang-undang Kesatuan Eropah (EU) untuk menghasilkan iklan bersasar yang lebih berkesan, sekali gus memberikan syarikat itu kelebihan daya saing yang dianggap hakim sebagai "tidak sah" dan "signifikan", lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Pemprosesan tidak sah terhadap sejumlah besar data peribadi ini memberikan Meta kelebihan daya saing yang tidak mampu ditandingi oleh media digital Sepanyol," menurut keputusan mahkamah.
Badan kehakiman Sepanyol berkata, keputusan itu - yang belum muktamad - boleh mengubah landskap pasaran pengiklanan negara, sambil menegaskan bahawa media tempatan terpaksa bersaing dengan iklan berdasarkan corak tingkah laku pengguna yang diperoleh daripada Facebook, Instagram dan aktiviti pengguna bukan sahaja di laman Meta, tetapi juga laman lain yang mereka layari.
Mahkamah mendapati bahawa apabila peraturan data EU berkuat kuasa pada Mei 2018, Meta beralih daripada model berasaskan persetujuan kepada asas undang-undang "keperluan kontrak", yang dianggap hakim tidak sah untuk pengiklanan diperibadikan.
Keputusan itu turut mengkritik Meta Ireland kerana enggan memberikan angka hasil bagi Sepanyol.
Hakim menerima anggaran daripada persatuan media AMI, dan menyimpulkan bahawa Meta memperoleh lebih EUR5.281 bilion di Sepanyol melalui iklan diperibadikan sepanjang tempoh lima tahun pelanggaran itu.
Memandangkan pendapatan itu dijana secara tidak sah, mahkamah berkata ia perlu diagihkan semula kepada pesaing yang terjejas, termasuk media digital.
Tindakan Meta, menurut mahkamah, menjejaskan kelangsungan operasi media Sepanyol yang bergantung kepada pengiklanan paparan.
Meta berkata ia akan membuat rayuan.
"Tuntutan ini tidak berasas, tiada bukti mengenai dakwaan kerosakan dan mengabaikan bagaimana industri pengiklanan dalam talian berfungsi," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada media, sambil menegaskan bahawa ia mematuhi semua undang-undang yang terpakai.
Mahkamah itu menyatakan bahawa Meta telah pun dikenakan tindakan oleh Ireland pada 2022 kerana penyalahgunaan data dan berkata kes berkenaan boleh membawa implikasi di seluruh EU, di mana Facebook dan Instagram beroperasi secara seragam.
-- BERNAMA