awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2026
11:00 MYT
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
Mahkamah di Paris menjatuhkan hukuman terhadap 10 individu yang didapati bersalah membuli dalam talian terhadap Brigitte Macron (foto), dengan menyebarkan dakwaan palsu mengenai jantinanya. -Gambar fail/Reuters
PARIS: Sebuah mahkamah di Paris pada Isnin menjatuhkan hukuman terhadap 10 individu yang didapati bersalah membuli secara dalam talian terhadap Wanita Pertama Perancis, Brigitte Macron, susulan penyebaran dakwaan palsu mengenai jantinanya.

Ringkasan AI
  • Mahkamah di Paris menjatuhkan hukuman terhadap 10 individu yang didapati bersalah membuli dalam talian terhadap Brigitte Macron, dengan menyebarkan dakwaan palsu mengenai jantinanya.
  • Komen-komen menghina dan memfitnah di media sosial dikategorikan sebagai sangat menghina dan merendahkan maruah Brigitte Macron, memberi kesan buruk terhadap reputasinya.
  • Hukuman yang berbeza termasuk latihan kesedaran buli siber dan hukuman penjara tertangguh hingga lapan bulan dikenakan kepada tertuduh, mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara dan undang-undang buli siber di Perancis.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kesemua tertuduh — lapan lelaki dan dua wanita berusia antara 41 hingga 65 tahun — didakwa membuat komen menghina dan memfitnah di media sosial, termasuk mendakwa Brigitte Macron dilahirkan sebagai lelaki dan mengaitkan perbezaan umur 24 tahun antara beliau dan Presiden Emmanuel Macron dengan pedofilia.
Mahkamah menyifatkan komen-komen tersebut sebagai “sangat menghina, merendahkan maruah dan berniat jahat,” serta memberi kesan buruk terhadap reputasi dan kesejahteraan peribadi Brigitte Macron.
Beberapa hantaran yang dimuat naik oleh tertuduh telah ditonton puluhan ribu kali.
Hukuman yang dijatuhkan berbeza mengikut tahap keterlibatan, termasuk latihan kesedaran buli siber dan hukuman penjara tertangguh sehingga lapan bulan.
Brigitte Macron tidak hadir di mahkamah semasa keputusan dibacakan, namun beliau sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap beberapa individu termasuk personaliti konservatif Amerika, Candace Owens, yang turut menyebarkan dakwaan sama.
Kes ini mencetuskan perdebatan hangat di Perancis mengenai batas kebebasan bersuara di era digital serta keperluan memperketat undang-undang terhadap buli siber dan penyebaran maklumat palsu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah dakwaan palsu yang tersebar mengenai Wanita Pertama Perancis, Brigitte Macron? A: Dakwaan palsu termasuk mendakwa Brigitte Macron dilahirkan sebagai lelaki dan mengaitkan perbezaan umur 24 tahun antara beliau dan Presiden Emmanuel Macron dengan pedofilia.
  • Q: Apakah kesan yang ditimbulkan oleh komen-komen yang dibuat terhadap Brigitte Macron? A: Komen-komen tersebut disifatkan sebagai sangat menghina, merendahkan maruah, dan berniat jahat, serta memberi kesan buruk terhadap reputasi dan kesejahteraan peribadi Brigitte Macron.
  • Q: Apakah hukuman yang dijatuhkan kepada 10 individu yang terlibat dalam kes buli dalam talian terhadap Brigitte Macron? A: Hukuman yang dijatuhkan termasuk latihan kesedaran buli siber dan hukuman penjara tertangguh sehingga lapan bulan, yang berbeza mengikut tahap keterlibatan masing-masing.

Topic Berkaitan
#Brigitte Macron
#buli siber
#Mahkamah Paris
#dakwaan palsu mengenai jantina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan