DUNIA

Mahkamah AS putuskan Trump tidak boleh gantung bantuan makanan ketika penutupan kerajaan

Astro Awani 01/11/2025 | 01:10 MYT
Seorang warga emeas dilihat membeli barangan makanan di Pusat Agihan Makanan MUST Ministries. - Foto AP
WASHINGTON: Dua hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah memutuskan bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump tidak boleh menggantung program bantuan makanan kepada rakyat berpendapatan rendah semasa penutupan kerajaan yang berpanjangan.


Ringkasan AI
  • Mahkamah AS putuskan pentadbiran Trump tidak boleh menggantung bantuan makanan SNAP semasa penutupan kerajaan, melibatkan 42 juta penerima berpendapatan rendah.
  • Hakim arahkan penggunaan dana kecemasan untuk meneruskan program, menolak hujah kerajaan bahawa dana tidak mencukupi tanpa kelulusan belanjawan.
  • Keputusan disambut baik oleh aktivis dan penerima bantuan, namun proses pengagihan semula dijangka mengambil masa beberapa hari hingga minggu.


Keputusan yang diumumkan pada Jumaat itu menyentuh nasib Program Bantuan Pemakanan Tambahan (SNAP), yang digunakan oleh kira-kira 42 juta rakyat AS, bersamaan satu daripada lapan penduduk, untuk memenuhi keperluan makanan harian mereka.

Pentadbiran Trump sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan tidak lagi mempunyai dana untuk meneruskan program tersebut selepas Kongres gagal meluluskan belanjawan pada September.

Namun, kedua-dua hakim menolak hujah itu dan menegaskan bahawa kerajaan perlu menggunakan dana kecemasan untuk memastikan bantuan diteruskan.

Hakim Daerah AS Indira Talwani dan Jack McConnell masing-masing mengeluarkan keputusan dalam dua kes berasingan yang difailkan oleh pegawai negeri dan kumpulan hak asasi, yang membantah tindakan Jabatan Pertanian AS (USDA) untuk menghentikan manfaat SNAP mulai Sabtu.

Keputusan ini disambut baik oleh aktivis dan penerima bantuan, yang bimbang akan kehilangan akses kepada makanan asas di tengah krisis ekonomi dan politik yang semakin meruncing.

Walaupun manfaat dijangka diteruskan, proses pengagihan semula dana mungkin mengambil masa beberapa hari hingga minggu.







#bantuan makanan #penutupan kerajaan #Donald Trump #Belanjawan