awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan AS halang usaha Trump pecat anggota lembaga Fed Lisa Cook

Bernama
Bernama
16/09/2025
05:20 MYT
Mahkamah Rayuan AS halang usaha Trump pecat anggota lembaga Fed Lisa Cook
Trump (kanan) sebelum ini cuba menyingkirkan Cook atas dakwaan beliau membuat kenyataan palsu dalam satu atau lebih permohonan gadai janji. - Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berdepan satu lagi kekalahan undang-undang dalam usahanya menyingkirkan anggota lembaga Rizab Persekutuan (Fed) Lisa Cook selepas mahkamah rayuan pada Isnin menghalang pemecatannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Mahkamah rayuan menghalang usaha Donald Trump memecat anggota lembaga Fed, Lisa Cook, selepas mahkamah rendah sebelum ini menegaskan presiden hanya boleh memecat dengan alasan sah.
  • Cook menafikan dakwaan membuat kenyataan palsu dalam permohonan gadai janji, dan berhujah kesilapan itu tidak relevan kerana berlaku sebelum pelantikannya pada 2022.
  • Keputusan mahkamah dibuat menjelang mesyuarat dasar Fed, yang dijangka mengumumkan pemotongan kadar faedah pertama sejak Disember 2024, meskipun Trump mendesak kadar diturunkan lebih awal.

Trump sebelum ini cuba menyingkirkan Cook atas dakwaan beliau membuat kenyataan palsu dalam satu atau lebih permohonan gadai janji, dakwaan yang dinafikan Cook.
Mahkamah rendah di Washington minggu lalu telah menghentikan sementara usaha Trump itu dan kes berkenaan kini berkemungkinan dibawa ke Mahkamah Agung.
Cook, yang menyertai lembaga Fed pada Mei 2022 dengan tempoh perkhidmatan hingga Januari 2038, menafikan tuduhan tersebut dan berhujah bahawa Trump tidak mempunyai kuasa untuk memecatnya.
Menerusi peguamnya, Cook berkata sekalipun terdapat kesilapan, ia hanya berkaitan pinjaman perumahan peribadi bertahun-tahun sebelum beliau dilantik.
Mahkamah rendah sebelum ini memutuskan bahawa presiden hanya boleh memecat seorang anggota lembaga dengan alasan yang sah, dan tingkah laku sebelum pelantikan tidak boleh dijadikan asas. Kepentingan awam dalam mengekalkan kebebasan Fed turut menyokong pelantikan semula Cook, menurut hakim.
Mahkamah rayuan menolak permohonan Trump lewat Isnin.
Keputusan itu dibuat hanya beberapa jam sebelum mesyuarat dasar dua hari Fed, yang dijangka mengumumkan pemotongan kadar faedah pertama sejak Disember 2024. Cook kini dijangka menyertai mesyuarat itu.
Kadar penanda aras kekal pada paras 4.25 hingga 4.5 peratus, satu keadaan yang mengecewakan Trump, yang berulang kali mendesak pemotongan kadar dan turut menuntut peletakan jawatan pengerusi Fed Jerome Powell.
Fed memainkan peranan penting dalam kestabilan kewangan AS, dan keputusannya memberi kesan kepada pasaran global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#lembaga Rizab Persekutuan
#Lisa Cook
#Mahkamah Rayuan
#Amerika Syarikat
#pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan