DUNIA

Mahkamah rayuan AS tolak cubaan Trump sekat dana bantuan luar negara

Astro Awani 06/09/2025 | 00:15 MYT
Keputusan ini dilihat sebagai langkah penting dalam memastikan pentadbiran Presiden mematuhi undang-undang peruntukan dan tidak memintas kuasa Kongres. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) menolak permohonan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk menyekat keputusan mahkamah rendah yang mengarahkan dana bantuan luar negara dibelanjakan segera.


Ringkasan AI
  • Mahkamah Rayuan AS tolak permohonan pentadbiran Trump untuk sekat perbelanjaan dana bantuan luar negara yang telah diluluskan Kongres.
  • Dana AS$4 bilion sepatutnya digunakan untuk bantuan luar, operasi PBB dan promosi demokrasi; taktik "pocket rescission" ditolak.
  • Keputusan ini tegaskan pentadbiran Presiden mesti patuhi undang-undang peruntukan dan tidak boleh memintas kuasa Kongres.


Keputusan ini dibuat selepas Hakim Daerah Amir Ali memutuskan bahawa pentadbiran tidak boleh memilih untuk tidak membelanjakan dana yang telah diluluskan oleh Kongres, melainkan terdapat perubahan undang-undang.

Trump sebelum ini cuba menyekat AS$4 bilion (RM16.9 bilion) melalui kaedah "pocket rescission", yang membolehkan Presiden menangguhkan perbelanjaan selama 45 hari tanpa kelulusan Kongres. Taktik ini kali terakhir digunakan pada tahun 1977.

Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk bantuan luar negara, operasi keamanan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan usaha mempromosikan demokrasi.

Mahkamah Agung AS turut campur tangan dan mengarahkan bayaran dibuat kepada organisasi bantuan yang telah menjalankan kerja.

Keputusan ini dilihat sebagai langkah penting dalam memastikan pentadbiran Presiden mematuhi undang-undang peruntukan dan tidak memintas kuasa Kongres.







#Donald Trump #Mahkamah Rayuan #dana bantuan #kongres