awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah sekat sementara tindakan keras Trump terhadap pendatang di selatan California

Bernama
Bernama
12/07/2025
10:38 MYT
Mahkamah sekat sementara tindakan keras Trump terhadap pendatang di selatan California
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri diarah menghentikan penahanan pendatang tanpa syak wasangka yang munasabah terhadap sebarang salah laku.
WASHINGTON: Keputusan sebuah mahkamah Amerika Syarikat telah menyekat sementara usaha Presiden Donald Trump untuk menguatkuasakan tindakan keras terhadap pendatang tanpa izin di selatan California, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Seorang hakim persekutuan di negeri itu pada Jumaat mengarahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) menghentikan penahanan pendatang di wilayah itu tanpa syak wasangka yang munasabah terhadap sebarang salah laku.
Menurut keputusan itu, pegawai penguat kuasa tidak lagi dibenarkan menahan individu berdasarkan etnik, bahasa atau pekerjaan mereka.
Hakim Daerah AS, Maame Ewusi-Mensah Frimpong turut mengarahkan jabatan berkenaan merangka garis panduan bagi membantu pegawai menentukan syak wasangka munasabah di luar faktor seperti "rupa bentuk kaum atau etnik", bahasa atau loghat pertuturan, pekerjaan atau lokasi mereka.
Dalam keputusan kedua, mahkamah turut mengarahkan agar mereka yang ditahan diberi akses kepada peguam.
Keputusan hakim itu hanya terpakai di Los Angeles dan kawasan lain di selatan California. Kes itu difailkan oleh Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) bagi pihak individu yang didakwa ditahan tanpa sebab munasabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#mahkamah
#tindakan keras
#pendatang
#selatan California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan