awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Sri Lanka benarkan bekas presiden Wickremesinghe diikat jamin

Bernama
Bernama
26/08/2025
21:45 MYT
Mahkamah Sri Lanka benarkan bekas presiden Wickremesinghe diikat jamin
Ranil Wickremesinghe diiringi anggota penguat kuasa meninggalkan Mahkamah Majistret di Colombo, Sri Lanka, 22 Ogos 2025. - Gambar fail/REUTERS
COLOMBO: Bekas Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe, yang baru-baru ini ditahan dan direman, telah dibenarkan ikat jamin pada petang Selasa, lapor Xinhua.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Colombo Fort Nilupuli Lankapura yang mengarahkan Wickremesinghe dibebaskan dengan tiga bon tanggungan masing-masing bernilai lima juta rupee.
Kes terhadap bekas presiden itu didengar di Mahkamah Majistret Colombo Fort sekitar pukul 1.40 tengah hari Selasa. Wickremesinghe, yang kini menerima rawatan di Hospital Nasional Colombo, mengikuti prosiding secara maya.
Semasa perbicaraan, peguamnya mengemukakan laporan perubatan terperinci dan memaklumkan bahawa tiga daripada empat arteri koronari Wickremesinghe tersumbat selain mengalami beberapa komplikasi kesihatan lain.
Peguam bela turut merayu mahkamah mempertimbangkan faktor berkenaan sebagai keadaan luar biasa dan memohon ikat jamin atas alasan kesihatan.
Siasatan lanjut majistret ditetapkan pada 29 Okt.
Wickremesinghe ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID) berhubung dakwaan menyalahgunakan dana kerajaan.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Sri Lanka seorang bekas presiden ditahan dan direman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#Mahkamah Majistret
#ikat jamin
#Ranil Wickremesinghe
#salah guna dana kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan