DUNIA
Mahkamah tertinggi Nepal perintah media sosial, laman sesawang daftar dengan kerajaan
Mahkamah juga mengarahkan kerajaan mewujudkan peruntukan undang-undang bagi memantau platform berkenaan. - Gambar hiasan
ANKARA: Mahkamah tertinggi Nepal memerintahkan semua platform media sosial dan laman sesawang supaya berdaftar dengan kerajaan, meskipun berdepan bantahan daripada pelbagai rangkaian, lapor media tempatan pada Ahad.
Mahkamah Agung pada Sabtu memutuskan bahawa media digital dan rangkaian media sosial perlu "bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan" serta penggunaan media sosial dengan identiti palsu atau rekaan perlu dielakkan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar Kathmandu Post.
"Platform dalam talian dan media sosial tempatan atau asing wajib didaftarkan dengan pihak berkuasa kompeten sebelum beroperasi, dan mekanisme perlu diwujudkan untuk menilai serta memantau kandungan yang tidak diingini," menurut penghakiman mahkamah.
Keputusan itu dibuat ketika platform media sosial, termasuk Facebook, menentang permintaan berulang kali kerajaan Nepal supaya mereka berdaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat.
Mahkamah juga mengarahkan kerajaan mewujudkan peruntukan undang-undang bagi memantau platform berkenaan, kerana penyebaran berita melalui media berkenaan boleh menjejaskan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat yang tepat, menghalang prosiding kehakiman, serta menjejaskan kepercayaan awam dan kredibiliti mahkamah.
-- BERNAMA