awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2026
23:10 MYT
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Muzium Louvre berkata mahkota berkenaan boleh dipulihkan ke keadaan asal “tanpa memerlukan pembinaan semula”. - Foto X/Masterpieces of France
PARIS: Mahkota milik Permaisuri Perancis, Eugenie, ditemui dalam keadaan remuk selepas terjatuh ketika pencuri melarikan diri dalam rompakan di Muzium Louvre pada Oktober lalu, namun artifak itu disahkan “hampir utuh” dan boleh dipulihkan sepenuhnya, menurut pihak muzium.
Mahkota bertatahkan berlian itu, milik Eugenie de Montijo, isteri kepada Napoleon III, ditinggalkan di laluan melarikan diri pencuri selepas kumpulan berkenaan melarikan barang kemas dianggarkan bernilai 88 juta euro.
Pihak muzium mengeluarkan gambar pertama mahkota tersebut sejak rompakan itu, memaklumkan ia mengalami kecacatan serius selepas pencuri cuba mengeluarkannya melalui lubang sempit yang digergaji pada bekas pameran kaca.
Bagaimanapun, mahkota berusia abad ke-19 itu masih mengekalkan 56 batu zamrud serta 1,344 daripada keseluruhan 1,354 berlian, walaupun kehilangan satu daripada lapan ukiran helang emas yang menghiasinya.
Muzium Louvre berkata mahkota berkenaan boleh dipulihkan ke keadaan asal “tanpa memerlukan pembinaan semula”.
Sebuah jawatankuasa pakar yang diketuai Presiden Muzium Louvre, Laurence des Cars, telah dilantik bagi menyelia kerja-kerja pemulihan.
Rompakan itu berlaku pada 19 Oktober apabila kumpulan penjenayah menggunakan lif mekanikal yang dipasang pada kenderaan curi untuk memasuki Galerie d'Apollon melalui balkoni berhampiran Sungai Seine.
Dua suspek memotong tingkap menggunakan peralatan kuasa, mengugut pengawal sebelum memecahkan bekas pameran yang menempatkan barang kemas diraja Perancis.
Menurut pendakwa raya, pencuri berada di dalam muzium kurang daripada empat minit sebelum melarikan diri menaiki dua skuter yang telah menunggu di luar bangunan.
Polis telah menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam rompakan tersebut, namun dalang utama kejadian itu masih belum dapat dikesan.
Tujuh lagi barang kemas yang dicuri, termasuk sebuah tiara bertatahkan berlian milik Eugenie serta beberapa rantai, anting-anting dan kerongsang, masih belum ditemui.
Topic Berkaitan
#mahkota
#Eugenie
#muzium louvre
#rompakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan