Mahmoud Abbas desak Setiausaha Agung PBB campur tangan atasi 'kegilaan' Israel

Agensi
Oktober 9, 2023 21:55 MYT
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (kiri) mendesak Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres agar badan antarabangsa itu segera campur tangan dan menghentikan 'kegilaan' Israel terhadap rakyat Palestin.
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas mendesak Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres agar badan antarabangsa itu segera campur tangan dan menghentikan ‘kegilaan’ Israel terhadap rakyat Palestin.
Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, desakan itu disuarakan Abbas pada Guterres dalam satu perbualantelefon pada Isnin.
"Beliau menekankan keperluan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza, dengan menekankan kepentingan campur tangan PBB untuk mengelakkan bencana kemanusiaan," kata Wafa.
Menurut kenyataan itu lagi, Abbas juga mengulangi bahawa satu-satunya penyelesaian kepada ketegangan serantau ini adalah melalui penyelesaian politik untuk mengakhiri penjajahan Israel serta menubuhkan negara
Palestin dengan Jerusalem sebagai ibu kotanya. - Agensi
#Palestin-Israel #Mahmoud Abbas #Setiausaha Agung PBB #kegilaan Israel