awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahmoud Abbas kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

Agensi
Agensi
31/07/2024
04:49 MYT
Mahmoud Abbas kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
Ismail Haniyeh dilahirkan pada 29 Januari 1962 di kem pelarian Al-Shati di Semenanjung Gaza dan dipilih sebagai ketua biro politik Hamas pada 2017. - Foto/REUTERS
TEHRAN: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin pasukan pejuang Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran pada Rabu, lapor agensi berita WAFA.
Mahmoud juga menyeru rakyat Palestin "untuk bersatu, bersabar dan tabah menghadapi pendudukan Israel."
Sementara itu, Reuters melaporkan kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islam Palestin menggesa mogok umum dan demonstrasi besar-besaran selepas pembunuhan Haniyeh.
Ismail yang berusia 62 tahun dilapor terkorban dalam serangan pembunuhan di kediamannya di Tehran.
Beliau berada di sana untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Kedua-dua pemimpin itu bergambar bersama dalam gambar rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden Iran pada Selasa.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
Allahyarham Ismail dilahirkan pada 29 Januari 1962 di kem pelarian Al-Shati di Semenanjung Gaza dan dipilih sebagai Ketua Biro Politik Hamas pada 2017.
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin pada 2006 selepas Hamas memenangi pilihan raya kebangsaan tetapi dipecat pada tahun berikutnya selepas pertempuran berpuak-puak tercetus antara kumpulan itu dan saingan Fatah.
Topic Berkaitan
#Ismail Haniyeh dibunuh
#Mahmoud Abbas kutuk pembunuhan
#Pemimpin hamas
#Perang Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan