INTERNATIONAL
Mahmoud Abbas tuduh Israel guna air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa

Mahmoud Abbas berkata, Israel mengekalkan kawalan penuh ke atas sumber permukaan dan air bawah tanah, menggunakan kawalan itu untuk memanipulasi kehidupan harian rakyat Palestin. - AP
RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas menuduh Israel menggunakan air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa, dengan menyatakan bahawa dasar itu merupakan sebahagian daripada usaha sistematik untuk mengawal dan mengusir rakyat Palestin daripada tanah mereka.
Dalam kenyataan sempena Hari Air Sedunia, Abbas berkata sambutan itu berlangsung ketika rakyat Palestin terus menanggung apa yang disifatkannya sebagai tindakan genosid oleh Israel selama lebih setahun setengah, mengakibatkan kematian ribuan orang termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Abbas menegaskan bahawa pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja, terutama bekalan air bersih, serta menyekat bantuan kemanusiaan.
"Penggunaan air oleh pendudukan Israel sebagai alat penyeksaan, pemindahan paksa dan tekanan bukan sesuatu yang baharu."Ia adalah dasar yang disengajakan dan telah lama berlangsung bagi menyekat pembangunan Palestin, meluaskan penempatan haram dan memaksa penduduk meninggalkan tanah mereka," katanya.
Abbas berkata Israel mengekalkan kawalan penuh ke atas sumber permukaan dan air bawah tanah, menggunakan kawalan itu untuk memanipulasi kehidupan harian rakyat Palestin demi kepentingan sendiri dan meneruskan objektifnya.
Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera, terutama bagi melindungi kanak-kanak di Gaza yang terpaksa beratur selama berjam-jam untuk mendapatkan hanya satu liter air, atau terpaksa minum bekalan yang tercemar.
"Kanak-kanak sedang mati akibat penyahhidratan serta kekurangan akses kepada makanan dan ubat-ubatan. Ini adalah kanak-kanak yang, seperti kanak-kanak lain di seluruh dunia, berhak hidup dengan maruah dan keselamatan," tambahnya.
Mereka adalah kanak-kanak yang, seperti kanak-kanak lain di dunia, berhak untuk hidup dalam keadaan bermaruah dan selamat," tambahnya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami