awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahmoud Abbas umum Rawhi Fattuh sebagai pengganti

Agensi
Agensi
27/11/2024
23:15 MYT
Mahmoud Abbas umum Rawhi Fattuh sebagai pengganti
Abbas (kiri) berkata dalam satu dekri, Fattuh (kanan) akan menjadi pengganti sementaranya sekiranya jawatan itu kosong kelak. - Gambar Reuters
PRESIDEN Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan Pengerusi Majlis Kebangsaan Palestin Rawhi Fattuh sebagai calon penggantinya apabila sampai masanya kelak.
Fattuh akan menggantikan Abbas dalam tempoh sementara apabila jawatan itu dikosongkan, sekali gus berpeluang menyingkirkan Hamas daripada sebarang penglibatan dalam peralihan masa depan.
Abbas, 89 tahun, masih memerintah walaupun tempohnya sebagai ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah berakhir pada 2009 dan telah menentang tekanan untuk melantik pengganti atau Naib Presiden.
Dalam satu dekri, Abbas berkata, Fattuh akan menjadi pengganti sementaranya sekiranya jawatan itu kosong.
“Jika jawatan Presiden kosong tanpa kehadiran majlis perundangan, presiden Majlis Kebangsaan Palestin akan memikul tugas… buat sementara waktu,” katanya.
Dekri itu menambah, berikutan tempoh peralihan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 90 hari.
Tarikh akhir ini boleh dilanjutkan sekiranya berlaku "force majeure", kata Abbas lagi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Mahmoud Abbas
#Rawhi Fattuh
#presiden Palestin
#Pihak Berkuasa Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan