awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
Harimau Malaya di ambang kepupusan
Peguam didakwa subahat edar, miliki dadah di lokap mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS mahu aplikasi China dikeluarkan dari App Store atas dakwaan keselamatan

Agensi
Agensi
05/08/2020
23:09 MYT
AS mahu aplikasi China dikeluarkan dari App Store atas dakwaan keselamatan
Aplikasi seperti TikTok dan WeChat mempunyai ancaman keselamatan besar. -REUTERS
Amerika Syarikat (AS) mahu semua aplikasi China yang tidak dipercayai dikeluarkan daripada 'App Store' negara itu.
Menurut Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, aplikasi seperti TikTok dan WeChat mempunyai ancaman keselamatan besar.
“Langkah itu sebahagian daripada usaha AS yang mahu membina rangkaian bersih,” katanya yang dipetik laporan AP.
Pompeo berkata Washington akan berusaha menyekat pelbagai aplikasi China dan juga syarikat telekomunikasi China daripada mengakses maklumat sensitif rakyat dan perniagaan amerika.
Presiden AS, Donald Trump sebelum ini berhasrat untuk mengharamkan TikTok atas faktor keselamatan ketika ketegangan China-AS semakin meningkat sejak beberapa bulan.
Jelas Pompeo, dengan syarikat induk berpusat di China, aplikasi seperti TikTok, WeChat dan yang lain merupakan ancaman besar terhadap data peribadi pengguna di AS.
Tiktok kini diberi tarikh akhir 15 september untuk menjual operasi di AS kepada Microsoft Corporation atau berdepan pengharaman secara langsung.
Hubungan AS-China disifatkan tegang selepas pertikaian dalam beberapa isu termasuk COVID-19, isu Laut China Selatan, layanan etnik Islam Uighur dan perdagangan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#aplikasi china
#apps stores
#AS
#Bersih
#China
#Donald Trump
#Islam
#keselamatan
#koronavirus
#Microsoft
#operasi
#presiden
#rakyat
#TikTok
#Washington
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan